Saturday, July 28, 2018

Persiapan anak pertama; Check list untuk First Aid


Hi assalamualaikum!

Biasanya kan orang perempuan ni bila bab shopping tu, kemain tau! Memang asyik geram je tengok baju baby. Sikit-sikit comel sikit-sikit comel. Yang tak comel poket laki kau. Haha. But mommies to be semua jangan teruja sangat bab baju dan so on yang tak penting sebab ni! kat bawah ni saya bantu mommies untuk listkan senarai BARANG WAJIB ADA untuk sambut baby.

Tapi yang ni bukan conplete set untuk FIRST AID box baby tau. Tapi ini antara yang WAJIB ADA. Ha tengok 2 kali sebut wajib tu maknanya please beli. Actually ini adalah sharing ikhlas setulus hati dari saya based on true story sebagai ibu untuk first time. Alah cam awak juga la sekarang ni first time. Hihi

Okay jejom semaksss...


Nappy cream ni kalau bahasa melayukan maksud dia krim lampin. Kahkah. So senang cerita cream untuk sapu pada bahagian lampin dipakai. Scientific sangat kan penerangan ini. Kenapa wajib sangat benda ni? 

Baby ni senang terkena ruam lampin bila dia dapati mak dia pakaikan dia pampers murah.  Gurau je! Hihi. Ruam lampin ni maybe jadi sebab kulit baby sensitif dengan sesetengah pampers or lambat tukar pampers. Air kencing kena kulit gatal oit. Saya guna Sudocream. Terpulang brand apa mommies nak guna yang penting berkesan. Gitu.. Dan bukan krim timbang kilo. Haha


Second wajib beli is minyak angin. Haha. Yang ni basic semua mommies tak sabar nak beli minyak yuyi. Sebab apa tau? Sebab memang kita membesar tengok adik ke, anak jiran ke, anak makcik bawang ke, ada minyak ni kan? Hihi. 

But saya guna minyak bayini tu. Cam best je. Terpulang juga pada mommies semua untuk pilihan jenama. Yang penting ada sebab bila baby nangis, biasakan kita akan check sama ada dia lapar, lampin penuh, tak selesa sebab perut kembung atau mak dia tak buat IG untuk dia.




Since saya tak prepare pun thermometer ni masa baby lahir, so saya nak pesanlah kat mak-mak baru untuk spend duit beli thermometer ni. Sangatlah perlu bila anak demam. Suhu anak kena kawal bila dia demam sebab kalau suhu tinggi sangat bahaya kot kena sawan. Mintak jauh la.

Lagi time malam2 tu kan, bila anak demam tu selain pakaikan anak baju yang nipis atau biar je anak tak berbaju, tuam dahi dan badan anak, rajin-rajin cek suhu. Nak cek dengan apa? Sudu? Ha tu pasal kena ada ni.


Selain demam, batuk dan selesema adalah biasa untuk baby. Sebab baby kan masih fragile. Baby below 2 tahun tak digalakkan makan ubat, jadi cara rawat kita pun secara external saja. Balm ni akan bantu legakan hidung baby yang tersumbat tu.

Kesian tau baby takleh tido lena. Bukan baby je, mak pun sama bila anak sakit. Saya guna vicks saja. Nowadays ada banyak gila balm macam garlic balm tu. Bawang putih kan memang diketahui umum, (ha tengok bahasa tu) elok untuk batuk dan selesema.

Takkan nak bagi baby kunyah bawang nanti membawang pulak kan. So ada bentuk balm. Senang sapu je. Saya tak promote tau dan tak guna pun. Hihi. But nampak  cam best. Boleh masuk list ya mommies!


Next bila baby selesema tu ada hingus la. Orang tua, eh, orang dewasa macam kita ni boleh hembus keluar sendiri tapi baby belum pandai. Dulu mak kita sedut dengan mulut lalu tertelan. Haha. Tengok sayangnya mak kita kat kita.

Tapi sekarang ada alat dah. Manual or yang latest ni style vacuum. Jangan pergi guna vacuum rumah lak! Dengan baby sekali kau sedut nanti. 

Saya tak pernah guna yang pakai bateri tu so tak leh nak review. Tapi nampak cambest dan mahal. Haha. Next baby mungkin nak beli.



Last item yang saya boleh kongsi adalah saline nasal spray. Kalau yang femes tu Sterimar la. Benda ni untuk spray dalam hidung baby untuk bantu legakan hidung baby jugak. 

Cukuplah 6 item ni. Baby bawah 2 tahun tak digalakkan makan ubat sebab tu saya tak share apa-apa ubat pun. Dan ini pun bukan first aid box yang complete tau. Kena claim awal2 kang kena kecam. Okay, dah screenshot tak 6 item tu. Jap gi nak ajak suami pergi beli kan?


2 comments:

Time kasih sebab komen!