Thursday, September 6, 2018

Bangun pagi di hotel dan bila masuk bilik air.....

Assalamualaikum!

Shah Alam ni agak besar dan best jugak. Saya tinggal kat sana tak lama tapi still rindukan Shah Alam. Hehe. Sentimental kan. Tempat pun saya boleh rindu, inikan pulak orangnya. Kahkah. Okay kali ni saya nak share dan review sikit hotel best, affordable dan cantik di Shah Alam. Easy untuk korang book hotel di Shah Alam nanti.

Hotel yang cantik di Shah Alam tu namanya Shah Alam De Art Hotel. Nampak? Nama pun art kan mesti deco hotel ni Picaso pun kalah. Okay, overrated ni. Haha.


Ni lah hotel tu. Hotel ni ada 3 ketul kat Shah Alam. Yang saya duduk ni di seksyen 19. Lagi dua buah dekat ICT dan Seksyen 7. Nanti boleh pilih nak tidur kat mana tau. Gambar ni nampak la dekorasi hotel tu dekat bahagian tingkap dia. Kalau nak tahu, yang tak buka tu bukan real tingkap itu lukisan je. Saya tertipu tau mujur husband tegur akan kebodohan ini. Haha. Harga boleh semak dekat mana-mana hotel booking website ya sebab kami walk in saja.



Bahagian dalam hotel pun cantik. Dinding penuh wallpaper cecantiks. Yang ni saya snap yang ada gambar spiderman. Yang bahagian lain ada macam-macam lagi gambar termasuk gambar korang kalau percaya.





Jom tengok bilik. Haritu kami dapat bilik yang ada 2 katil single. Bilik kecil je tapi masih ada ruang untuk solat. Sejadah pun ada dalam laci sebelah katil tu. Suka sangat deco dinding warna purple dan match dengan bantal dan yang cam selimut tu nama apa ntah. Orang kampung katakan tak tahu tu panggil apa. Hahaha.


Dalam bilik air ada hair dryer. Bagus. Taklah haprak rambut aku esok pagi sebab rambut basah dah pakai tudung.



Ada instant coffee dan air minuman. Saya suka kalau pergi tidur kat hotel ada instant macam ni sebab dalam bilik hotel biasanya sejuk sebab suka pasang aircond kuat sikit. Sambil hirup kopi. Wah! syok tau. Haha. Tapi time tidur gagau remote aircond adjust temperature.


Ni bilik air if korang tak tahu. Tapi air keluar slow mungkin sebab tersumbat kot. Annoyed sikit la tapi saya seorang yang penyabar. Small matter je ni padahal malas nak stress sebab dah bayar hahaha


Ha ni bahagian mirror mirror on the wall siapa paling cantik selain neelofa ya. Cermin dia kecil je tapi enough la untuk pakai bedak dan lilit tudung. 

So far, hotel ni selesa untuk stay. Cuma hari kami datang tu paginya air tak ada. Kami memang frustrated sangat-sangat sebab bangun pagi nak mandi untuk check out tapi tak ada air. Suami minta refund sebab tak puas hati. Dapat tapi bukan senang nak dapatlah berantam juga dia dengan manager. Haha. Saya dok tepi je takut kalau campur hotel terbakar! Haha

Again pada saya hotel ni okay je untuk stay sekejap kalau singgah Shah Alam tu. Tapi kami memang takmau pergi dah!

Sorry!

5 comments:

  1. Tulah kan, kadang2 nampak iklan macam menarik.. Anyway, good review. Berguna utk sape2 yang tengah usha hotel area shah alam ni.. Hehe.

    ReplyDelete
  2. lawa gila lukisan kat dinding tu..

    ReplyDelete
  3. Hotels with Best and unique Decorations.

    Would you like to follow each other? If the answer is yes, please follow me on my blog & I'll follow you back.

    http://www.okcheori.com

    ReplyDelete

Time kasih sebab komen!