Sunday, April 1, 2018

Trip bercuti dan borong di Guangzhou 1

Hi!

Dalam post kalini, saya akan share sikit(nak banyak kena bayarlah pasal orang dok buat kelas tu pun bayar. Hahaha) pasal itinerary, mana kami pergi, jumpa siapa, beli apa, makan apa dan mengayat siapa kat Guangzhou tu sepanjang 6 hari 5 malam.

*rindu nak pergi lagi*

DAY 1

Kami sampai di airport Baiyun jam 9 pagi. Penerbangan ambil masa 4 jam je. So jangan berangan jetlag lah pasal time zone pun tak berubah. Sebaik sampai terus cari kedai yang jual macam kad touch &go tu sebab kami akan bergerak guna Metro aka LRT kalau kat negara Najib ni. Nak senang beli di 7E je. Tak payah google ayat nak beli, tunjuk je gambar kat cashier tu nanti dia bagi la kad tu. Harga kad dan total topup untuk 1 kad 70 yuan(kalau tak salah). Sis pergi tahun 2017 uolss. Urat banyak putus.

So dalam tu topup ada 50 yuan. Kami guna cukup untuk 6 hari tu. Metro sana murah.



Lepas tu nak feeling2 beli simkad lah nak update story lah, live lah konon. Sekali simkad harga 120 yuan kau! Convert duit Malaysia jadi dalam RM60 lebih gitu. Mahal nokk.. Menangis tengok. Cancel beli. Huhu.

Terus cari Metro station untuk ke hotel. Hotel yang kami duduk nama dia Liwan Garden Inn dekat area Zhong Shan Pa. Kami pilih hotel ni sebab katanya dekat dengan mum and kids punya plaza borong. Memang dekat je tapi kena jalan jugak dalam 15-30 minit dari hotel ke plaza.

Hotel Liwan Garden Inn

1 month before, saya dah siap buat research sikit untuk pilih hotel di Guangzhou. Reason utama pilih hotel ni adalah sebab hotel ni dekat dekat plaza borong baju budak dan maternity. Dan harga untuk 5 malam dalam RM500 sahaja. 


Ni bilik dia. Comfortable lah untuk kami 3 orang. Bilik tak besar sangat tapi masih ada ruang untuk solat dan makan. Hihi


Ruang tidur dengan toilet dipisahkan dengan tirai je. Senang la nak mengintai dan bau pun mudah merebak. Kahkah. Oh ya, di China dekat toilet tak ada paip tau untuk cuci lepas buang air. Kalau public pun sama. Stress mak oi. Dekat hotel tak apa tapi kalau keluar memang bercinta betul kalau nak kencing tu.


Ada TV untuk menghilangkan bosan lah sangat. Jangan lupa sekali ubat-ubat basic macam panadol, minyak angin, minyak lintah. eh. Bilik ni ada water heater untuk masak air dan cawan dia jenis pakai buang. Everyday mereka tukar.


One more thing, ecehh skiping pulak, dekat China plug mereka lain tau. So, bawa universal adaptor ya macam dekat bawah ni. Boleh beli universal adaptor di kedai RM2 atau MR DIY pun ada.Tapi dekat hotel ni dah ada 1 mereka instal yang universal punya so, yang kami beli haritu tak guna pun. Hihi.



Oh ya, untuk mudahkan pergerakan dengan metro, terus download apps metro guangzhou. Takpun lukis kat kertas mahjong. Korang kan semua benda nak lukis! Sorry teremo pulak. Actually, tak susah pun nak naik metro ni. Kalau dah biasa naik lrt tu, pejam mata jelah naik metro kat Guangzhou ni. Dekat Guangzhou ni, metro diorang pun padat sendat jugak time peak hour macam pagi dan petang tu. Masyaallah macam sardin ayam brand tau. So adjust time ya bila nak naik metro ni.

Kids plaza @ plaza borong pakaian budak

Okay kalau sister dan brother semua nak borong pakaian baby dan kanak-kanak sinilah tempatnya. Syurga sis syurga. Siap duit je. Tapi kena ingat yang untuk borong pakaian jangan pergi masa winter sebab yang kau tengok nanti baju sejuk je. Malaysia ni panas oi. So lebih baik pergi sebelum bulan 11. Sebab kami pergi awal November pun mereka dah start jual baju untuk winter.

Plaza borong pakaian kanak-kanak di Zhongshan Ba. Turun di stesen zhongshan ba dan amik je mana-mana exit sebab semua kan keluar dekat plaza borong kids ni. Keluar je dari stesen memang terus nampak.



Sinilah syurga dunia mak-mak itu. Ini entrance je. Belakang dia banyak gila kedai. Dan kalau jalan ke depan lagi ada beberapa buah lagi plaza. Macam-macam. Tak larat nak masuk semua. Scan jelah. Dan untuk first day kita ambil mood je. Haha.


Korang redha jelah tengok gambar ni ye. Kami nak tunjuk suasana dalam plaza borong ni je. Haha.
Seterusnya ada 1 plaza yang paling glamor iaitu...jeng jeng jeng..



Di China, setiap plaza borong akan jual barang yang sama. Contoh di Zhongshan ba ni fokus kepada barang baby dan pakain kanak-kanak. So semua plaza ada benda ni je jangan berangan nak cari keropok lekor la, handbag la, tupperware lah.

Kids City Ini salah satu tempat yang korang boleh pergi. Dari stesen Zhongshan ba tadi korang jalan jalan jalan sampai rasa nak tercabut kaki jumpalah plaza ni. Kami masuk dalam ni pusing-pusing cuci mata je sebab memang plan untuk shopping hari last before balik.



Deretan kedai-kedai yang ada sepanjang zhongshan ba. Memandangkan kami pergi sendiri tak ada tour guide so memang kena banyak berjalan kaki. Rasa macam hilang 10kg dah. Pinggang kaki sakit. Dengan bawak anak umur 1 tahun. Bawak barang yang kami borong dari plaza ke hotel naik metro. Fuh! Bangga pulak rasa.

Plaza borong biasanya akan tutup pukul 6 7 macam tu. So malam kita boleh lepak kat hotel sambil update facebook ke, ig ke. Tapi dekat China, whatsapp, facebook. ig, google semua diorang block sebab nak mengurangkan makcik bawang. Okay tipu je. Jadi download wechat untuk communicate dengan family di Malaysia sebab China ni memang suka sangat dengan wechat. Tapi diorang bukan perangai macam budak wicet kita.

Dan kalau nak akses facebook boleh download apps Turbo VPN. Downloadnya di Malaysia ye bukan tunggu sampai sana. Actually ada macam macam lagi apps so google sikit ya. Nak suap je tau. 

Okay, untuk hari pertama ni kami makan di hotel je sebab kami dah siap-siap bawak stok makanan macam roti, biskut, instant mee jenama mee sedap, 3 in 1 tamar cocoa feeling ustajah bila minum di China dan beberapa pek nasi instant jenama Berahim's.

Bacaan lain berkaitan trip ke Guangzhou:

No comments:

Post a Comment

Time kasih sebab komen!