Helo and salam kasih sayang!
Masa saya hamilkan (terasa penulisan persis pakar o&g pulak) Sunan, banyak barang preparation untuk sambut baby saya tak beli. Sama ada memang taknak beli atau plan to buy lepas habis pantang and so on.
Salah satu item yang tak dibeli itu adalah nursing bra dan memang agak sedih sebab beli lepas habis pantang. Masa pantang, pakai normal bra sambil menyesali keegoan diri.
So, bakal ibu semua, kalau korang bercita-cita nak menyusu baby dengan the best milk in the world, nursing bra is wajibul ngunnah. Ehem, excuse my spelling. =)
Apa itu nursing bra?
Nursing bra is a must sebab nanti sangat memudahkan kita untuk menyusu baby. Betul, pakai bra biasa masih boleh nursing baby, tapi ada produk yang menyenangkan kita, why banyak tanya kan dah kena batang hidung sendiri
Memudahkan macam mana?
Nursing bra dicipta untuk ada access secara terus kepada nipple/breast. Bukanlah bra tu berlubang. Tapi akan ada butang atau klip yang membolehkan kita buka dengan sebelah tangan sahaja. Wah! Power kan kita?
Tapi jangan terlebih excited untuk beli semua barang persiapan bersalin masa kandungan masih awal. Bukan apa, nak suruh korang ada perasaan tak sabar tu. Baru best shopping. Miahaha.
Kalau untuk nursing bra, saya selalu suggest pada customer yang datang untuk beli time mereka dah masuk 3rd trimester. Sebabnya adalah kerana breast akan jadi besar tak payah silicon pada waktu tu sebab susu dah dihasilkan. Butttttt, ada je yang breast tak mengalami transformasi.
Nursing bra yang betul tu macam mana pulak?
Ehem, sejak membantu para ibu menyusu mendapatkan nursing bra 7/8 bulan lalu, macam-macam soalan dah saya dapat. But then, sis happy menjawab. Selepas dah pastikan breast mengalami perubahan saiz atau maintain sahaja, pastikan korang tahu saiz korang.
Jangan datang dan tanya, "sis, saya saiz apa ye?"
Saiz kuali nanti saya jawab =)
Memandangkan nursing bra ni ada macam-macam pesen, for starting beli beberapa dulu untuk test style yang macam mana selesa dipakai. Lain orang lain peelnya.
Dah dapat rentak, korang whatsapp sis lah ye nak order nursing bra.
=)
No comments:
Post a Comment
Time kasih sebab komen!