Assalamualaikum
Keh keh keh.
Nak gelak dulu sebab tajuk tu funny. Lol, sendiri letak sendiri gelak.
Kali ni lambat sikit new post pasal akak sibuk berperang dengan baby boy yang berperangai baby itu. Masa kena curi-curi dah. Anyway, bukan nak cerita pasal baby boy tu, nak cerita pasal adult. Certain adult yang ada perangai atau peel macam ni. Sebagai peringatan untuk saya dan awak ye. Semoga kita sama-sama dijauhkan dengan perangai lalat ni. Cukuplah lalat je berperangai mereka.
Apa itu manusia berperangai lalat?
Pertamanya, jom analisis anatomi lalat dulu sikap lalat yang paling semua orang tahu. Ya, betul! pandai otak korang bekerja. Hasil makan kismis doa ye? Lalat ni satu sikap dia yang annoying dekat kita adalah menyibuk dan mengganggu ketenteraman kita. Contoh, baik je kita susun juadah hari raya atas meja kopi bertatahkan pinggan Corelle tu, sedap je dia datang menghinggap lalu mencacatkan pandangan, terpaksa tutup dengan surat khabar Metro semalam. Contoh lagi, elok je kita tenang driving sambil miming lagu Sufian Terakhir, boleh pulak seekor lalat menari Kpop depan mata kita. Ini situasi tak boleh blah, bak kata muda mudi sekarang.
Itu lalat. Nature dia macam tu. Kau sumpah seranah pun tak ada pekdah. Memang
Allah jadikan dia macam tu. Tapi, yang boleh dimaki adalah manusia berperangai lalat je. Maksud akak, maki dengan ayat-ayat lazim agar tenang hati kau. Kah kah kah.
Isunya timbul bila kita terpaksa berdepan dengan manusia berperangai lalat. Mesti pernah kan? Atau kau pun perangai lalat? Alah, gurau je. Manusia berperangai lalat ni paling dia suka bising kat telinga kita. Padahal kebisingan dia tu tidak langsung membantu kita. Membantu ada caranya. Bising macam lalat ramai yang pandai. Jom akak share cerita benar, baru nampak real posting akak. Kah kah kah. Along the way akak membesar, memang ramai lalat. Masa muda dan mentah bila lalat-lalat ni bersyarah dekat telinga, kebiasaannya akak diam dan masa tu hati akak tengah berdarah. Lidah terkunci gitu. Terasa kecik nau diri ini. Bila berumahtangga, lalat masih ada, hati akak masih berdarah tapi dek kerana kematangan akak, sakit dah tak ada. Kot.
Mungkin ramai macam pening lalat kan. Okay, macam ni. Manusia berperangai lalat adalah manusia yang suka tunjuk pandai dengan mulut sampaikan si pendengar terganggu dan stress. Iyalah, sharing ilmu atau ajar sesuatu perlu ada adab dan tatasusila. Kalau main redah, memang orang tak akan terima. Jenis akak yang degil ni, memang ke laut lah lalat-lalat tu. He he he.
Macam mana nak tangani manusia perangai lalat?
Firstly, korang jangan pangkah terus manusia berperangai lalat ni. Pasal ingat ya, yang kita tak suka tu PERANGAI, bukan orangnya ya. Nak-nak orang tu makpak mertua ke, makpak sedara ke, akak opis ke, abang jaga ke, korang ke, eh.
Kalau lalat, kita boleh kecepuk dengan penyapu lidi atau A4 paper yang putih bagai diclorox tu, insyaallah akan innalillah lalat tu. But wei, tak kan korang nak buat macam tu macam senarai kat atas tu. He he.
So, Apa? Apa nak buat?
Cara dia satu sahaja adik abang.
DENGAR DAN DIAM.
Itu saja yang akak buat. Mujarab dan rasa menang jugak. Kah kah kah. Lepas ni, kalau mak mertua korang bising pasal tak jaga anak korang baik-baik, korang dengar je. Kalau mak sedara korang complain preparation majlis kahwin korang, korang tadah je telinga. Memang menyirap tapi kita berjaya tak cetuskan perang mulut, maknanya kita bijak dan terpelajar. Keh keh keh.
Selamat handle lalat!
p/s: image hasil carian google
Layan kan ajelah lalat ni..lagi kuat kita membantah lagi kuat dia bising..
ReplyDeleteLayan kan ajelah lalat ni..lagi kuat kita membantah lagi kuat dia bising..
ReplyDelete