Assalamualaikum.
Sejak ekonomi Malaysia tak tentu hala dan berkembang pesatnya perniagaan dalam talian, ramai yang bertindak untuk cuba berniaga. Kenapa tidak? Berniaga sekarang easy, cuma perlu ada smartphone dan internet. Modal, guna jari pun boleh. Lepas acah-acah ada bisnes online, baru nak rasa "in" dah kena sailang. Bukan dengan sesiapa pun tapi dengan diri sendiri. Kenapa? Sebab bisnes bukan mudah akak oi, KALAU tak ada ilmu dan tak belajar.
So, bisnes sebenarnya untuk orang yang belajar untuk berniaga sungguh-sungguh atau untuk orang yang dalam diri dia tertanam ciri bisnesman/woman?
Me and le husband have this conversation last night. Pasal bisnes ni sebenarnya untuk siapa.
Jujurnya, saya melihat bisnes ini sebagai satu cabang pilihan hidup yang kita boleh gain banyak benda instead of kerja makan gaji. Kalau nak kata pasal duit yang banyak semata-mata, itu kita boleh dapat kalau kerja dengan position yang gempak kan? Lihat dengan lebih luas, mesti korang rasa best gila kalau ada bisnes. Bisnes yang berjaya, bukan MLM lah.
Okay. Since ramai nak berbisnes ni, pernah tak kita fikir orang yang berjaya tu, macam mana dia boleh berjaya? Adakah sebab Allah beri? Mestilah! Tapi kenapa Allah bagi dekat dia? Padahal dia tak adalah susah payah tunggang terbalik lingkup hancus segala harta. Tup tup je jadi jutawan. Dia start bisnes jual nasi lemak tepi jalan je dulu, pastu buka nasi lemak drive thru pastu sekarang francise nasi lemak drive thru dia kalah mekdi ha. Kenapa senang sangat dia berjaya berbisnes?? Ini mesti sebab dia ada bakat ni. Terus kita nangis sambil scroll fb tengok life orang.
Betul ke?
Subjektif. Yes, memang ada orang yang Allah bagi sifat usahawan dalam diri dia. Ada orang Allah bagi sifat lain. First kita kena bersyukur dengan apa yang Allah bagi dan lepas tu buatlah pilihan nak bisnes ke tak sebab bisnes itu satu pilihan. Macam kerja-kerja lain juga. Ada yang pilih untuk jadi doktor, cikgu, mekanik, ustaz atau pokemon go trainer. Nak bisnes pun sama. Manusia ada akal untuk pikiaq bak kata orang Kedah.
Cut the crap, kita boleh jadi apa yang kita nak, kita boleh niaga apa yang kita nak, sebab kita ada pilihan. Buat pilihan dan jalan je terus.
Jangan risau, Allah dah lama tahu kita nak pilih apa.
bagi saya la, sesiapa boleh berbisness sebenarnya tapi kalau seseoranf itu ber"DNA" bisness tu memang satu anugerahlah kan :) Kalau ikutkan dulu saya fikir bisness itu perlu ada minat, orang minat je boleh join bisness. Tapi rupanya bisnes ini perlukan konsisten. paling penting kita sukakan apa kita buat tu. takdelah stress sangat kan. :) Cuma kalau berbisness perlukan kecekalan hati dan sabar untuk berjaya. Allah sebaik-baik perancangan untuk ini. :)
ReplyDeleteBerbisnes utk sesiapa sahaja, yg cekal hati dan sentiasa utk berusaha. Too much secret in entrepreneurs life, they choose what people need to see. yg hal2 makan hati tu xbleh tunjuk sgt. petua org berbisnes katanya.
ReplyDeleteEverything is struggle. Lols. Sorry panjang mcm menulis blog pula. ahahaha.
thank you faizah and eyqa!
ReplyDeleteI really love and agree with both of you. Thank you for spending for precious time here.
Love,
Ain
Alamak, macam tulis surat pulak!