Monday, August 8, 2016

Berani bertindak pasti berjaya


Assalamualaikum,

Dan hi untuk yang urban tu. Selamat datang ke Bab 8 buku bertajuk 2016.

Okay, berbalik pada tajuk asal entri kali ni, walaupun dah rupa tajuk buku motivasi kat MPH je, isinya dijamin macam novel Harry Potter, kahkahkah😁. Apa kata sesambil korang enjoy-enjoy baca entri ni, korang cuba-cuba ingat impian atau angan-angan korang tu. Sekarang ni tengah dilinkungi oleh dua benda tu atau bakal melingkungkan dua perkara tu? Maapkan tatabahasa dan bm akak. Mohon dewan bahasa terlepas pandang. Sejak facebook dan instagram berleluasa ni, saya terdedah dengan geng usahawan muda berjaya. Muda dan berjaya. Siapa tak geram dan cemburu kan? Rasa nak ketuk kepala mereka pun ada

Satu perkara yang saya kagum dan wondering, apa benda yang buatkan mereka semua ni ambil step yang pertama tu. Maksudnya, jampi serapah apa yang mereka ada sampaikan mereka berani untuk buat apa yang mereka buat. Secara klisenya, melayu banyak songehnya, pada pendapat saya sahaja ya.#malaysianegarademokrasijangankecamsaya. Untuk mula langkah sesuatu kerja yang kita tak tahu kebarangkalian gagal atau berjaya itu berapa, saya bet, tak mudah weh. Ramai yang kecut perut dan pilih untuk stay pada titik sama sehingga mati mereput.

Perkataan yang paling sesuai untuk depa semua ni, BERANI. Woha! Ek eleh, berani? Berani je? B E R A N I ? Yap, berani bukan beriani. Beriani kat mamak pun ada. So, jampi serapah mereka ni sebenarnya BERANI eh?

Saya tak tahu. Cuma yang pasti berani tu wajib jadi 1 keypoint untuk kita capai apa kita nak. Every human being ada diamond dalam diri masing-masing. Jom kita sama-sama teroka diri kita, gali dalam-dalam supaya diamond tu kita nampak. Once kita nampak, jom kita gilap pulak, barulah feeling shine bright like a diamond. Ekekeke.


Okaylah, nak pergi cari beriani dulu, eh, berani, eh beriani, eh, berani 😊





No comments:

Post a Comment

Time kasih sebab komen!