Assalamualaikum
Rindu sangat nak menulis ni since tinggal hampir 3 bulan tak terupdate.
Phew....
Changing phase of life 360 darjah dan masih dalam mood adaption. Masih bersama insan-insan tersayang yang sama dan ada sebijik penambahan kegembiraan. Alhamdulillah. Satu perjalanan yang penuh dengan drama slot akasia juga cuma lebih realistik.
Plan Allah adalah sebaik-baik plan (read:perancangan)
Setiap masa dalam hidup ni kita ada perancangan kan? Walaupun untuk sekecil-kecil aktiviti seperti nak pakai baju apa hari ini (tapi untuk gegirl, ni BIG PLAN) atau nak lunch kat mana. Biasanya plan kita ni dibuat atas pertimbangan baik buruk dan aplikasi Kemahiran Hidup bab Pemikiran Kreatif dan Kritis kot?
Dan kita cuba untuk pilih option terbaik untuk kita, lebih-lebih lagi untuk BIGGGGG plan seperti nak kahwin dengan siapa lah kan.
Ada masa plan kita berjalan sebijik macam kita nak, ada masa berjalan separuh macam kita nak dan ada masa berjalan bukan macam kita nak. Sebagai muslim, apa-apa jalan pun kita wajib terima sebagai kehendak Allah.
Ada masa, kita dah tak boleh nak plan apa-apa dan pilih untuk follow the flow seperti yang saya buat sehingga saya end up seperti hari ini. Dan still, saya gembira. Sebab apa?
Kan perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan.
=)
No comments:
Post a Comment
Time kasih sebab komen!