Friday, July 29, 2016

Breastfeeding

Assalamualaikum 

Alamak, tajuk macam blog-blog mak mak kan. Alahai nak buat macam mana dah memang jadi mak cuma konsep blog ni tetap sama. Tetap bukan bertemakan personal life. Ehehe. Erm, well nak story pasal breastfeedinglah ni... Tapi malu. 

­čśŐ

Masa zaman anak dara dan belum punya anak dulu, banyak perkara berkaitan life yang belum saya tempuh pada masa itu seems to be easy, like kacang ahh. Tapi, bila waktu dah tiba, baru reti erti penyesalan dek berperasaan angkuh begitu. Ada beberapa, tapi kali ni nak story pasal breastfeeding je okay. Tapi akak tak mau tahu berapa oz kau perah susu tadi ­čść

So, menyusu anak ni memang senang gila. #selakje

Tapi hidup kat dunia tak seindah drama. Yup, menyusu anak memang mudah tapi mencabar. Untuk yang newbie lagilah mencabar. Alah, macam mula-mula nak belajar kereta dulu, kot? Respect bertubi-tubi dekat semua makmak yang breastfeed anak uols tu terutama yang tak dapat #selakje sebab bekerja dan kena buat stok susu. This is where i learn lotsssss of term about breasfeeding. Dah boleh buat kamus dah sebab banyak betul istilah-istilahnye.

Since pregnant, saya join few group dekat facebook berkaitan kehamilan dan penyusuan. And i learn alot dari pengalaman orang. So join lah ye. Hihi.

Okay

First cabaran adalah kena belajar. Ceh, belajar je pun. Degree 3 tahun lepas takkan 2 3 point penting pasal menyusu tak lepas. Big no darling! Menyusu ni memang point dia sama je kau tanya siapa-siapa pun yang mencabarnya untuk apply. Why? Sebab ilmu tu akan diaplikasi pada dua ketul manusia yakni kau dan anak kau. Sorang memang tahu nangis je sorang moody dan emo. Kehkehkeh.    Kat sinilah erti kesabaran tu akan diterjemahkan dengan penuh details dan tepat.

Tahu rasa penat? Menyusu pun penat. Sungguh. Tapi semua itu macam tak ada je sebab perempuan ni  soft tau. Tengok anak je terus rasa bertenaga dan happy. Penat, yes, tapi dia hilang gitu je. 

Percayalah, ini akan jadi  satu momen indah untuk saya dan awak ye. So, hadap jelah.

Haha.

No comments:

Post a Comment

Time kasih sebab komen!