Thursday, March 31, 2016

Comfort zone


Assalamualaikum♥

Wow. Dah akhir Mac dah. And dah 1 year married. Rasanya baru semalam kita berjumpa. Hehe. Dan bulan depan cukup 4 tahun kerja. Ya Allah dah tua rupanya saya ni. Mujur Allah pinjamkan muka baby face. Hehe lagi.

Cakap pasal kerja ni, minggu lepas kami semua shocked by announcement yang management decide untuk stop current 1million project. And semua orang blur-blur dengan masa depan masing-masing. 

Bukan tu yang saya nak kongsi dengan korang.

Since semua orang twrkwjt (tengok betapa memang terkejut sampai eja pun style terkejut) dan unhappy sebab banyak kemungkinan akan jadi after final destination, eh, final decision, semua nak luahkan rasa hati. Dan gelora jiwa masing-masing. 

Dan, rupa2 nya kebanyakan kita takut akan perubahan sebab kita hidup dalam comfort zone selama ini. Saya sangat tersentak dan harus angkat tangan yang saya sendiri hidup dalam comfort zone for 4 years, at least. Bukan tak bersyukur.

Fahami dulu konsep syukur sebenar. Kita tengah bercakap pasal comfort zone ni. 

Meninggalkan comfort zone adalah satu cara untuk kita upgrade diri dari manusia biasa ke manusia luar biasa. Sit back dan fikir, seberapa berani kita untuk bangun dan langkah keluar ke zon yang lain? 

Saya sendiri tak ada jawapan. Mungkin keadaan akan memaksa kita suatu hari nanti aku akan bebas a yayaya

Dipaksa oleh keadaan mungkin lebih senang untuk kita keluar dari zon selesa, tapi melangkah sendiri tanpa ditolak, wow, itu pakai 2.6billion courage, mungkin. Atau lebih. Saya pernah menulis pasal leaving comfort zone ni dalam blog ni juga. Dan again, saya menulis lagi. Maksudnya, saya tak pernah meninggalkan zon itu atau zon sekarang sudah bertukar menjadi selesa dan saya patut tahu, its time girl. 

KEBERANIAN DAN ILMU

Saya secara peribadi berpendapat (macam pendebat sekolah kan?) yang 2 perkara wajib ada untuk move adalah jadi berani dan tahu apa nak buat(ilmu). Ilmu akan bantu kita bina steps untuk mulakan langkah. Jangan jadi macam ayam lintas jalan. Menonong je ke depan. Alah, zaman sekarang, tolak fitnah melampau di internet dan facebook tu, banyak ilmu yang kita boleh dapat dengan syarat tapis.

Okay, dah tahu apa nak buat untuk upgrade diri jadi supersaiya ni, kena berani lah. Tapi manusia sekarang ni berani cakap banyaklah tumbuh kat dunia ni. Yang berani buat, jarang kita nampak kerana yang berani buat ni sibuk "membuat" dan tiada masa jadi tin kosong. 

Chaiyok chaiyok untuk diri kita. Jom cari ilmu dan tanam berani. 

Supaya cepat tumbuh dan cepat kita bertukar zon. 



2 comments:

  1. sebab tu sekarang kita kena belajar banyak cabang kan, dah tak boleh harapkan satu jalan je.. kena sentiasa bina jalan kecik yg sentiasa beriringan dengan kita. bukan mudah nak melangkah perlahan bila kita sedang berlari laju kan. tapi tu lah hakikat zaman sekarang. risau masa depan saya jugak.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih aswaleyla.

    Lagi banyak belajar lagi bgus. Hehe :-)

    ReplyDelete

Time kasih sebab komen!