Tuesday, December 17, 2013

Jom jadi peminjam berhemah

Assalamualaikum

So, dengar kata ramai yang hutang tak tahu bayar?

Eh bukanlah hutang beli nasi lemak pagi tadi atau tengok wayang Ustaz Mu Tunggu Aku Datang, ini hutang yang serius melibatkan berpuluh ribu, hutang perbadanan tabung pendidikan tinggi nasional tu.

Aik, lama fikir? PTPTN la nama manja depa tu.

Awal tahun ni, punya la harap kalau tukar pimpinan negara, boleh berangan PTPTN free. Tapi bila mimpi tinggal mimpi saya rasa macam nak tidur tak bangun-bangun, bukan sebab nak mati la, choiiii tahu. Sebab nak terus bermimpi hidup dalam dunia free.

Sementelah itu(tak tahulah betul tak penggunaan penanda wacana saya ni) saya mengambil keputusan untuk membayar PTPTN tapi tak tahu bila. Mungkin boleh masuk azam 2014 selain azam nak, ehem, well, ye, yang tu la.

Bila dah start berniat tu (niat baik dapat pahala woo) kena la search cara bayar. Ye ye saya tahu orang zaman Mesolitik je tak tahu yang PTPTN boleh bayar guna banyak saluran. Yang paling enteng duduk depan laptop, log in perbankan internet dan klik bayar.

Tapi orang kata bayar dari website PTPTN cas lebih murah iaitu 50sen berbanding terus dari laman web bank, yakni cas adalah seringgit. Ala, macam cas kita selalu-selalu tu. Macam la tak biasa internet banking. Kuno sangat. Eh?

Okey. Cara bayar dah tahu. Perbankan internet dah mahir sangat. Tinggal lagi nak klik bayar ke tak je.

Sebenarnya, kenapa kita (kita merujuk kepada saya, anda dan mereka yang kategori peminjam) malas nak bayar atau sedap sikit bahasa, menangguh dulu pembayaran, baru la bunyi dia profesional dan sofistikated sejajar dengan kenaikan tol, minyak, elektrik dan berat badan. Sebab dia PTPTN bukan macam kereta yakni tak bayar tak dapat la meronggeng ke Mid Valley.

Eh bukan.

Setiap individu ada sebab tersendiri. Saya tak mahu menghakimi sebab saya bukan hakim. So korang simpan je sebab korang tu dalam poket seluar jeans yang mungkin 2 bulan setengah tak basuh. Ini bukan sarkastik, ini terus terang.

Okey. Cara bayar dah tahu. Perbankan internet dah tahap Phd. Persetujuan nak klik bayar atau tak sudah terserah atas individu. Tapi kenapa akaun PTPTN tak naik-naik ni?

Tahu tak perangai ibubapa akan mempengaruhi anak? Dan macam mana cara bos bekerja memberi kesan kepada staff di bawah mereka? Inikan pula kesan gelagat pemimpin kepada rakyat.

Kalau pemimpin boleh memungkiri janji, kenapa kita tak boleh main-main dengan PTPTN?



P/S: saya tak bermaksud untuk mengajak anda untuk tidak membayar hutang. Kan tajuk tu baik-baik. JOM BAYAR PTPTN!
posted from Bloggeroid

4 comments:

  1. Salam.

    Apapun yang dikatakan tentang PTPTN, jika dah meminjam, maka jawabnya, bayar lah semula :)

    ReplyDelete
  2. aku setia membayar hutang PTPTN.

    ReplyDelete
  3. byk sebenarnya nak dikatakan psl ptptn sebab sy pun merupakan seorang peminjamnya.. tapi, jd xterucap la...

    ReplyDelete

Time kasih sebab komen!