Tuesday, October 15, 2013

Jom belajar jurusan pembinaan 1

Assalamualaikum

Hai, bertemu lagi di Hari Raya Korban kita ni. Memandangkan saya berkorban jiwa hari ni, saya nak tawarkan satu kursus yang dipanggil Kursus Keyakinan Diri untuk adik-adik atau abang-abang yang macam saya juga, iaitu kadang-kadang mesti rasa "ish.ish" je towards sesuatu. Jangan risau, itu tanda kita normal. Dan jangan risau lagi, kursus ni at least 5 minit pembacaan je. Yok!

"HOW TO BUILD SELF CONFIDENCE"

1. Kenalpasti "insecurities" kita

Dalam bahasa melayu, insecurities ni, jap nak cek google translation, okey, perasaan tidak selamat. Bila kita nak buat sesuatu, kita terus dibelenggu misteri. Rasa dunia "PAAP!" jatuh atas kepala. Lepas tu rasa semua orang kiri kanan atas bawah pandang kita jelek bangat. Ish. tak best langsung feeling gitu dok?

Apa yang buat kita malu pun adalah insecurity, contohnya gemuk sebab salah sendiri sebab makan macam monster, lonely sebab selalu kena sisih ke atau malu sebab orang lain cantik dan bijak bila kita hodoh dan bodoh. Orang putih kata, bullshit itu semua.

Sekarang ambil pen dan kertas, tulis semua insecurities tu, lepas tu koyak dengan penuh perasaan. Koyak sampai memang jadi kerabu. Koyak, koyak, koyak sampai penuh satu bilik pun tak apa. Situasi mengoyak ni sama macam bila kita marah nak !@$%# dengan boyfriend tu, dan terus segala nota cinta jadi mangsa. Its works. Sangat. Puas hati.

2. Bercakap dengan kawan(s) and cinta hati

Selain korang bergosip pasal Wawa Zainal, Che Ta, jiran sebelah rumah, bos korang, kawan korang, cuba isi slot untuk bercakap benda yang mendatangkan aura positif. Memang dengan mencanangkan keburukan orang buat kita rasa kita perfect dari luar, tapi dekat dalam, Tuhan je yang tahu.

Kalau kita ada masalah kemalu-maluan ni, cuba sembang dengan kawan lunch tu, try dari akar masalah tu. Kenapa kita jadi begini dan begitu. Minta nasihat dan pandangan. Kalau ada masalah lampau, instead of maratapi peristiwa tu, jadikan ia dorongan untuk kita teruskan hidup.

Dengan pakwe atau makwe pun, jangan cuma tahu bertukar sms manja dan menggelikan. Kata nak sehidup-semati macam Alang dan Fatin, so, apalagi tunggu, inilah masa untuk kita membuktikan cinta kita pada si dia. Taburkan kata-kata semangat dan bersamalah si dia menyelesaikan masalah masing-masing.

3. Ingat! tak ada yang sempurna

Tengok Si A je, jeles, mentanglah si A tu cantik dan kaya. Tengok Si B je sentap, mentanglah si B digilai ramai. Tengok diri sendiri, ermmm.

Adik-adik, usah dong pikirin gitu. Sebenarnya, walaupun mata kita nampak orang tu perfect dari atas ke bawah, sebenarnya, dia tak perfect atas ke bawah pun. Tapi tak payah la kita godek yang tak perfect tu.

Even manusia paling berkeyakinan pun ada insecuruties. Itu realiti. Kenapa?
Sebab manusia kan tak sempurna

And, life is full of bumps down the road.







Sekian. Kuliah hari ni. Saya ada 9 lagi coming in.
Bye,

No comments:

Post a Comment

Time kasih sebab komen!