Hari ni saya nak jadi emotional. Hormonal. Hari ini? Bukan hari-hari ke?
Dalam hidup kita ni (ceewah, dah berbaur profesor) kita memang akan ketemu pelbagai manusia. Itupun kalau kita rajin keluar rumah, kenal orang dan seterusnya observe. Perhatilah. (Baru nak feeling Selena Gomez). Melainkan kalau kita lebih suka duduk dalam bilik kunci pintu dan berfacebook sampai
Ada manusia baik. Ada manusia jahat. Ada manusia baik-jahat. Al maklumlah manusia tak ada yang sempurna. Jadi macam mana kita nak mengkamusdewankan "baik" itu sendiri?
Saya ada seorang kawan. Saya memang suka dekat dia. Sebab saya boleh bercakap perkara paling simple seperti macam mana nak pos laju kepada sekompleks-kompleks perkara seperti kenapa lelaki yang mengaku sayang dan faham isteri masih lagi sanggup menyakiti hati isteri? Ya. Perkara itu kompleks sebab ia subjektif.
Dan ada satu ketika saya berdiskusi mengenai baik. Macam mana manusia itu dikatakan orang yang baik?
Saya secara peribadinya ada kenal seorang awek ni. Baik? Eh, mestilah baik sebab kalau kita mintak tolong mesti dia akan tolong. Kalau tanya pendapat atau ada hal-hal yang dia ada pengalaman. for sure dia tak akan kedekut pun nak share atau tolong. Kadang-kadang tu belum kita minta dia dah offer kan dulu ilmu dia. dan kalau bercakap pulak mana ada bahasa lucah atau kasar. Tapi dia suka bergosip. bercerita perihal buruk orang dan sebagainya. Jadi baik ke dia?
Ada juga seorang manusia lain ni, pemakaiannya, subhanallah macam berselimut. Sekali kita dekat, terpaksa undur balik. Nak tutup hidung tak tergamak, jadi buat-buat sembur perfume Simplysiti. Masuk bab bercakap, macam calon ustazah pilihan. Mungkin stok hafal hadis. Baguslah. Tapi bila kategori pinjam barang, terus fail. Namun dia tetap teman yang baik.
Pernah dengar, "mulut je jahat, tapi hati baik woo"
Sejauh mana kita nak terima kebenaran kata-kata tu?
Jadi, kalau kita lihat manusia sekeliling kita, eh, tak payah jauh sangat. Kita tengok diri kita sendiri je. Mungkin kita ni kategori baik sebab kita bukan playgirl atau playboy, kita tak menderhaka dengan parents (sure keee?), kita tak mencuri, kita selalu solat, kita tak memaki hamun dan paling penting kita bukan pembunuh atau perompak. Tapi kita tetap ada sisi jahat selalu kalah dengan nafsu dan syaitun tu kan (bulan puasa ni kalah dengan napsu jek).
Kadang maki orang.
Semalam mengumpat.
Suka marah-marah.
Dengki dengan orang.Jadi baik ke kita?
Pada akhir diskusi kami, kawan saya tu bagi jawapan dia, dan sampai sekarang dia selalu ingatkan saya, orang yang baik tu sebenarnya orang yang sentiasa ubah diri dia untuk jadi lebih baik. Dan proses itu tak akan pernah berhenti sampailah kita mati. Kita semua sedia maklum memang kita dicipta untuk buat kebaikan. So nanti kita dapat masuk syurga kan?.
Lagipun kita kan serba kurang, memang sampai bila-bila pun tak akan jadi perfect.
Dan buat julung kalinya, saya setuju dengan kata-kata teman saya itu.
aku baek. hahaha...
ReplyDeleteye.abg ipar kn la baik..haha
ReplyDelete