Friday, May 10, 2013

Ulang tahun, sayang.

Assalamualaikum.

Masa mula-mula menjejakkan kaki ke taski dulu, saya ada satu perangai yang saya kira masih ada sampai sekarang (huahuahua) iaitu tersangat malas bangun pagi untuk pergi belajar. Saya kira banyak kelas pagi yang lompong. Oleh itu saya masih ingat dipukul dengan hanger besi yang lembik dek malas ke taski.

Masa di sekolah rendah kami mendapat sepersalinan uniform sekolah lengkap setiap awal tahun. Dan ada waktu ketika kasut sekolah saya agak lusuh (atau cuma menggedik nak yang baru) saya mula merajuk mahukan kasut baru. Kerana tidak diendahkan, protes saya menyebabkan sekeping kaca tingkap kedai sewa selesai saya kerjakan. Itu bukan niat. Tapi dia cuma berdiam.

Semasa mendapat tawaran ke mana mana saya sering dihadiahkan satu persalinan baru.

Ada satu ketika saya masih termasuk dalam angka penganggur, dia membelikan telur peyuh. Alasannya, kerana saya suka. Itu memang tiada apa tapi bagi saya, itu tanda saya istimewa di ingatan dia.

Dia sering memberi kata nasihat walau kadang kami sambut dengan gurauan.

Juga tempat kami bersenda

Pasti sekali bertukar cerita

Selamat ulang tahun sayangku.

9 Mei. Seperti setiap hari, ma sentiasa di hati.

Selamat hari lahir.

No comments:

Post a Comment

Time kasih sebab komen!