Monday, March 25, 2013

Formula 1 Grand Prix

Assalamualaikum..

Selamat hari Isnin. Kesiannnn. Kena kerja ye? Itula dulu mak suruh pergi mengaji kau pergi gunting pagar. Kalau tak mesti sekarang jadi bos. Ahaks.

Minggu lepas sebelah station saya ada racing. Cuba teka saya kerja dekat mana? Yeay! Betul. Sebelah litar Sepang. Bukan dalam litar ye. Kalahkan ada orang jawab je kan. Orang tak kisah pon mana kau keje. Mula hari Jumaat hari tu dah berdesing telinga saya dengar desup enjin kereta abang Lewis. Sejak kerja sebelah litar ni, segala event kat litar tu saya up to date. Sila la percaya.

Dan memandangkan Lewis Hamiltong telah baik hati memberi tiket tempat duduk berpenghawa dingin, jarak penglihatan super, senyap sepi dan serving orange juice setiap 1 jam, bagi tidak menghampakan permintaan seorang pelumba saya pun pergi la sokong dia sambil bawak bendera.



Sebahagian wording terpaksa dikora kora sebagai permintaan abang Lewis demi menjaga privasi saya. Katanya.

Oh ye. Dan lepas sampai dekat litar maka kita duduk duduk lah. Sedang elok je time tu kereta baru start enjin. Lepas tu dengar la abang dj mengomel omel sekejap melayu sekejap mat saleh. First time tengok kereta lalu, ok la. Lepas sejam, aku sedang tengok apakah ini?




Perempuan ni pakai shade dengan berteduh dengan payung bukan sebab dia pemalu dan gedik tetapi sebab litar sepang tu panas gila. Like gila. You know gila? Lagi pun saya kan pakai lense, kena la jaga mata. Bahaya woo kalau panas-panas. Nanti menting.

Lepas sejam lebih saya dah mula bosan. Iyelah. Tengok sekali no hal ni dah berkali-kali dia lalu, apa yang best nya mak? Nampak ada orang jual chips 5 hengget. Okey. Boleh la. Spageti 2 hengget. Eh? Murah je. Air mineral 5 hengget. Boleh blah. Baik minum air paip. Nasib baik time tu saya tak dahaga tahap geletar gitu. No outside fool allowed tapi pandai la sorok air mineral tu ye.




Macam ni litar nye.

Hari tu ramai oram putes. Peminat gamaknya.

Lepas ni tak kosser nak pergi tengok racing. Setakat masuk boleh. Lagipun bukan senang dapat masuk circuit tu. Sekadar nak tengok macam mana rupanya, nanti boleh ler gua berlagak sikit. Hikhik.

Dan sebagai tanda sokongan buat Lewis tu, walaupun dapat nombor tiga.

Bye.

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. tgk TV yg slalu nampak kereta f1 pun bole bosan, apa tah lg kalo tgk yg skali skala je lalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kt tv xsmpai seminit dh bosan?kritikal tuh..hahaha

      Delete

Time kasih sebab komen!