Friday, February 22, 2013

Lelaki

Assalamualaikum.



Ini budak lelaki



Ini lelaki kpop yang layak menerima Br1m RM250



Ini lelaki yang layak menerima Br1m RM500

Kadang-kadang saya jadi stress bila berdepan dengan lelaki yang tidak menjawab sms dengan betul. I ve met a few guys yang macam ni. Jap, saya rasa semua lelaki yang saya kenal macam ni. Wah. Dah macam kenal ramai sangat lelaki je. Maksud saya lelaki yang ada conversation dengan saya. Jap. Ini lagi ramai. Sejak darjah satu dah boleh kira.

Tak kan nak cakap lelaki yang pernah jadi kekasih gelap?

Abaikan.

So menjadi seorang Ain saya suka dalam satu sms tu tanya few questions. Contoh.

"Yelah. Kucing saya pegi dating. Awak suka kucing? Buku yang setengah inci 2 dah baca? Pernah jumpa writer tu ke."

Then, yang bernama lelaki tu jawab.

"Tak pernah jumpa."

See? Punyalah banyak soalan yang diutarakan. Yang paling last je dia jawab. Ini sangat ketara bila saya berconversation dengan perempuan. Dia akan jawab.

"Woo. Kucing pegi dating. Dahsyat! Saya tak suka kucing. Dah baca dah best giler. Teringin gak nak jumpa dia. Hehehe."

Selepas menemui lelaki-lelaki berspesies ini saya membuat kesimpulan yang lelaki ni memang pemalas menaip atau menjawab. Ok. Secara asasnya memang perempuan lagi banyak perkataan keluar daripada mulut dia.

Kedua lelaki memang macam tu la gamaknya. So instead of marah tak tentu hala yang end up dengan no conversation at all, saya akan buat dengan dua cara,

Satu: bila dia tertanya 2 3 soalan, saya akan memilih untuk menjawab soalan yang hanya perlu dijawab dengan satu perkataan. Why? Saya pun pemalas jugak

Kedua: instead of dalam satu message ad 2 3 soalan, akan jadi 1 je.

This is what i do to understand men. Huh.

Ini bukan untuk mengkritik lelaki. Sebab saya ada beberapa orang lelaki yang melekat dalam ruang jantung saya. Bukan tak pernah. I do. Sometimes. When i get angry. Tapi bukan yang ini.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Time kasih sebab komen!