Friday, February 22, 2013

Cara menikmati aiskrim

Assalamualaikum. Kebanyakan orang sangat menggemari aiskrim. Sesetengah orang pula sekadar menyukai. Tapi wujud ke orang yang tidak tahu menikmati aiskrim? Kesian.

Jadi apakah itu aiskrim. Aiskrim adalah air yang dibekukan tetapi berkrim dengan pelbagai perisa.Canggih tak definasi ni? Tiba-tiba rasa macam taip jurnal untuk Science Direct.


.  






Ingat lagi dulu masa kecil dan comel penuh kesucian, saya suka dengan aiskrim cone tu. Lepas balik sekolah seluk poket sebelah kanan cari 20sen. Aiskrim cone masa tu cuma 20 sen. Rasa macam nampak Ford Fiesta merah je bila nampak pak cik aiskrim bermotosikal depan gate sekolah. Itu belum dengar kring! kring! kring! dia lagi.

Bila dah jadi besar tapi tetap comel ni, saya kurang suka dah aiskrim kon tu. Tengok aiskrim cone macam tengok Saga je. Tak tahu la sebab kualiti kon tu dah tak seenak dulu atau bila dah besar ni demand lebih. Makan memilih. Iyelah masa kanak-kanak apa pun makan. Sampaikan nasi campur minyak goreng ikan pun gua telan (eksotik weh cara makan zaman dulu kala). Bukan dikisahkan rasa pun. Tapi aiskrim yang memang aiskrim air berperisa beku dalam plastik ikat hujung tu sampai sekarang saya suka. Jadi sekarang saya lebih suka menikmati (wah!) aiskrim s dengan roti. Paling sedap roti gardenia. Cuma sandwich saja aiskrim dekat tengah tu. Aiskrim tu kan manis. Roti tu pulak ada a little bit masin. Saya rasa kombinasi itu cukup memikat. Cukup rasa dan lemak-lemak dia tu. Rasa creamy tu bertambah-tambah.  Saya boleh makan untuk 2 kapitan lagi. Kan dah loghat Jalan-Jalan Cari Makan tu.






   





Tapi sekarang pak cik jual aiskrim dengan motosikal tu jual aiskrim dengan roti hotdog tersangatlah mahal.  RM1 tu. Sudahlah bukan roti gardenia enak dimakan begitu saja. Kadang pulak aiskrim rasa santan je lebih. Lebih merobek-robek santan basi. aish.

Lagi yang paling sedap pisang dan aiskrim.  Macam gambar kat bawah tu. Saya lukis eksklusif tu. Kalau tak terliur lagi tak tahu la. Orang putih kata banana split. Saya tak kata apa-apa. Mungkin dah terliur sangat dengan banana split. Ke aku sorang je yang terliur?





Ice-cream.Banana.Perfect. PERFECTO.

Kenapa saya bercerita pasal aiskrim pulak di malam hari ni? Mungkin minggu depan saya akan beli aiskrim, pisang dan roti. aiskrim pisang roti 



 Mungkin.

4 comments:

Time kasih sebab komen!