Wednesday, December 19, 2012

Hobbit and Vampire

Assalamualaikum

December is leaving you all.

Rasa lama tak review (la sangat) movie. Sebab tak ad movie best untuk labur dekat situ. Tapi bulan ni dek kerana banyak movie menarik dan event yang menarik duit maka ada la entry berkaitan. Kenapa macam keling je ayat ni.

Jadi yang pertama ialah TWILIGHT BREAKING DAWN PART 2. Kalau salah eja tu anggap la typo. Kebiasaannya saya akan tertarik dengan fizikal aktor dan aktress utama untuk kebanyakan filem. Exceptional la movie ni. Sungguh saya merasakan kedua dua teras utama tak comel. Jadi...jadi kenapa saya berlagak minat sequel twilight ni?

Pertama. Semua orang tahu twilight. Kalau saya tak tahu saya rasa loser. Haha. Tipu. Sikit.
Sebabnya kerana story line twilight ni menarik. Lagipun untuk movie kali ni akan ada satu part yang saya rasa syok je tengok. Action is always my favourite la. Tapi tiba-tiba scene tu bertukar ke "alahhh" . Tapi kemudian kita akn rasa yeay!

Happy ending is good.



Kedua baru semalam tengok. Untuk mengubat hati luka. Haha. Hobbit.
Cerita ni bermula dengan satu misi yang mana kita akan rasa ending dia dengan kejayaa misi tersebut. Tapi dah separuh cerita langsung tak ada klimaks untuk misi tu. So saya dah mula rasa yang ending movie bukan pasal those mission.

Satu yang menarik adalah set dia. Super cantik.

Lagi satu movie ni 3 jam. Dan pergerakan agak perlahan. Cuma belum sampai tahap mendodoi. Worth to watch la. Sambil ditemani popcorn yang mahal.



Oh ya. Bercakap pasal popcorn mahal. Saya selalu tertanya kenapa walaupun popcorn atau air atau sosej atau cekedis dekat cinema tu mahal kita rileks je beli? Saya pun beli. Kenapa eh?

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. hahaha..nice question..
    kenapa beli jugak kan popcorn yang mahal itu..hmmm..
    mungkin dah jadi tabiat orang yang nak pegi tengok movie. ;D

    ReplyDelete

Time kasih sebab komen!