Tuesday, November 6, 2012

Saya tahu

Assalamualaikum

Saya tahu saya patut menaip sesuatu jadi post hari ini akan jadi rojak (rojak mee harga 1.50 dekat pasar Ketereh adalah fav saya). Hee

Saya adalah salah seorang penge'like' page Hilal Asyraf sebab tu saya tahu ada ekspo buku islami di Kl Sentral. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk pergi ekspo tu bukan nak beli buku tapi semata-mata nak tengok Irma Hasmie. Untung jadi seleb ni sebab bila ada orang macam saya penuh la sesuatu tempat. Kalau tak salah saya Irma dan Hilal mempromosikan buku diorang. Saya tak beli pun Sebelum Aku Bernikah tu sebab buku tu nipis je. 2 3 minit saya belek terus khatam. Rugi la dapat pembaca macam saya. Heh.




Saya tengok mata Irma kecik je ha. Kalau pipi lagi tembam terus tak rupa mata. Hehe. Tapi dia cantik. Solehah lagi. Heh.

Sayang tak dapat dengar habis forum mereka pasal kawin ni. Huh.

Sebab rasa nak tengok wayang. So tengok Skyfall. Saya bukanlah pengikut tegar James bonng sebab kalau ke cinema saya akan scan cerita yang now showing terus decide nak tengok yang mana. Kadang tu tengok tajuk je dah boleh decide. Kebanyakannya end up cite yang best la. Oh ya teringat pasal Untuk Tiga Hari yang saya tengok dengan laptop. Sayang sebab cerita yang membariskan pelakon yang talented menjadi sebuah naskah yang mengecewakan. Dengan jalan cerita yang terlalu perlahan tanpa ukiran plot yang boleh membuatkan penonton teruja bagi saya dikira membosankan. Tambah lagi skrip yang tak sedap. Tak ada yang boleh melekat di jiwa. Sebab tu menonton filem barat kadang lagi syok.





Oklah bosan pulak menaip tanpa berisi.

posted from Bloggeroid

6 comments:

  1. kito pn tgk jgk utk 3 hari tuh..mmg xbest! puiii...

    skyfall best2..hahaha...xrugi tgk wayang

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Lain kali sy ajop eh..awop kn bz sokmo..hihi

      Delete
  3. Replies
    1. Kepada mr/mrs/miss...

      Len kali ltk nm ye.senang saya trace blik dan lawat awak balik.

      Delete

Time kasih sebab komen!