Friday, November 2, 2012

Perihal kaktus

Assalamualaikum.

Sedikit terkilan sebab terpaksa letak kaktus bukan di tempat yang saya impikan. Tapi sebagai tanda menghormati orang saya turutkan sahaja. Nanti dia meroyan pulak nak datang kerja sebab tengok kaktus saya macam tengok zombi.

Alkisahnya kaktus tu saya beli dekat Ikea bersama-sama satu pokok lain yang tak berbunga. Ada orang lain pergi IKea beli pokok? Mesti tak akan ada sebab orang pergi beli meja. Kalau ada sms la saya boleh kita geng beli pokok dalam Ikea. Murah je. Saya beli kaktus tu RM 2 je. Ke orang lain beli seringgit je? Tak pe barang-barang bawah RM10 saya anggap murah. So kalau ada kedai "tak sampai sepuluh ringgit" tu akan jadi favourite port saya.

Jadi time datang kerja kelmarin dua orang staff sedang borak. Bila saya masuk je,

Kami sedang berbual pasal u.

Oh yeke. Pasal apa?

Tu....(sambil tunjuk.kaktus yang tidak bersalah tu)

Kakak tu Indian. Admin staff dekat office. Yang juga sering memuji jahitan manik pada baju saya dan baju saya kalau saya bukan pakai baju kurung macam nak pergi jual goreng pisang. Jap.... Kenapa perlu ada ayat perasan ni. ?

So lepas dia tunjuk kaktus yang comel lagi innocent tu dia pun mula bercerita kisah perempuans yang dekat office lama dia telah bergaduh dan berperang setelah menerima sebiji kaktus setiap seorang. Dan datng la seorang perempuan yang cakap diorang semua jadi begaduh sebab kaktus-kaktus tersebut. Chinese lady tu kata yang orang Cina takut dan tak suka kaktus sebab kata mereka kaktus tu berduri. So duri tu akan cucuk cucuk kita. Terus bergaduh.

Tak pasal-pasal kaktus yang disalahkan. Saya syak Chinese lady tu tak dapat kaktus macam orang lain. So dia lancarkan perang dan terus blame kaktus. So semua orang takut dan terus letak kaktuses mereka dalam toilet.

Dek tak puas hati dengan kepercayaan orang cina terbabit saya mula mengoogle dan saya tak jumpa pun pasal kaktus dibenci ramai. In fact saya jumpa dalam Harian Metro online ada satu artikel mengenai aeorang Chinese guy yang siap buka nursery kaktus. Dia kata bagi orang cina kaktus yang berbunga akan bawa tuah kepada mereka manakala yang berduri akan halau hantu. Saya double syak yang Chinese lady tu dengki dengan kaktus tu.

Atau dia cina kasta lain?




Inilah kaktus innocent tu.

Lepas ni nak tanya bos betul ke ada kepercayaan macam tu.

posted from Bloggeroid

1 comment:

Time kasih sebab komen!