Thursday, November 1, 2012

Hari Raya Aidiladhaku

Saya rasa comel bila mencipta tajuk sebegitu. Susahnya menaip dengan memakai glove (terus bukak glove campak sebelah) barulah rasa oksigen.

Assalamualaikum.

Terlambat bagi salam. Macamkan bercakap. Padahal menaip. Boleh je letak paling atas. Drama saja lebih. Oklah. Sebenarnya dah dua tahun saya beraya korban dekat Rawang. Tahun lepas saya sedang menjalani kursus di Tanah Tinggi Genting Highland, jadi terpaksa beraya di rumah sepupu dek kejauhan famili di Timur Malaysia. Dan tahun ini famili yang jauh dengan jarak 7 jam pemanduan datang beraya di Rawang memandangkan sepupu saya yang lagi muda setahun dari saya iaitu 16 tahun nak berwedding di hari raya. Sungguh tidak aci sekali kerana dia telah berkahwin dulu. Kenapa?kenapa?

Saya sangat sukakan majlis perkahwinan. Saya masih ingat semasa menemani kakak sulung saya membeli par(dalam bahasa kl nye disebut dulang hantaran) cas-cas perkahwinan tu berada di suasana tersebut terbang bebas di ruang udara. Ceh. Ayat konon nak bunga. Rasa seronok sekali. Bertambah-tambah bila masing-masing sibuk membuat pelamin, hantaran, bunga, baju dan siso (yang disebut door gift dalam bahasa ingerisnya). Walaupun sedikit terkilan sebab balikbkampung sangat lewat.

Oleh sebab itu saya dengan gembiranya bersama-sama kakak kedua saya telah membina sebuah photobooth untuk sepupu saya itu memandangkan dia tidak menyediakan pelamin. Idea ini timbul selepas melihat dua bijik kerusi tangan yang sangat comel. Dan mahal. Rugi la kalau tak guna.



Saya harap sepupu saya suka apa yang kami buat. Tapi tiba-tiba kami rasa kami yang terlebih posing disitu.















Kan?




posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Time kasih sebab komen!