Wednesday, November 14, 2012

Genting Awana

Assalamualaikum

Jumaat baru-baru ni, saya telah dipaksa relakan oleh BOS saya untuk attend talk pasal keselamatan wanita dekat Genting Awana.

Keselamatan wanita?-------->pleaselah bos, gugel je ha. anyway talk talk ni selalunya mengantuk
Genting Awana?------------>Genting je pun. Macamlah hari-hari kau naik Genting kan Cik Ain.

Jadi beginilah conversation yang membuatkan saya terkulai layu dek kerana kena attenddddd jugakkkkkkk.

(bos sedang menolak troli sementara ain berjalan di sebelah beliau)

Bos: Nanti...Jumaat... (bos gua memang kalau bercakap dia bagi word je. pandailah kau camtum jadi ayat)

Ain: Jumaat ni eh. Kena pergi ke bos? (nada sepenuh merayu macamkan nak mintak approve cuti seminggu)
.
.
.
Bos: Yelah, itu attendance list sudah keluar. kena pergi. semua perempuan kena pergilah. (nada keBOSannya)

Demmmmmm...ya.ya.ya.ya.

Nak pergi duduk dan dengar bukan masalah yang masalahnya pickup point dekat kl pukul 7.30am. Ya, memang rajinlah gua nak drive pagi buta nak pergi Kl tu. Dan pagi Jumaat tu kerana rela saya bangun 5pagi dan drive ke Kl dalam embun pagi. Heh.

Tapi.......................................

Rupa-rupanya kepergian itu bukanlah satu yang mengecewakan. Even terpaksa bayar 35hengget untuk parking. Takpe,takpe. Esok lusa gua claim. Duit kasino banyak mehhh.

Selalunya bila pergi dengar apa-apa ceramah mesti timing dia lari. Biasalah VIP kan selalu lambat datang. Kenapa eh VIP ni suka lambat-lambat? On that day event yang patut start 9 pg dah start 9.45 pg. VIP mana yang akan datang on time? Ada tak? Ada tak? Setahu saya Tuan Guru Nik Aziz. Itu pun ma yang cakap. Ini bukan politik. Saya cuma bercakap based on others experience.

Rasanya berbaloi untuk dengar talk tu even sekejap je sebab yang bagi talk tu orangnya memang bukan sedapnya-dia-cakap-rasa-nak-tido. Mesti selalu kan kita hadap perkara ni. Even dengan lecturer. Surprisingly (entah betul tidak) orang tu rupanya selalu keluar tv. Double surprise nya, gua tak pernah tengok pun dia dalan tb tu ha.

pernah tengok?sebesar-besar alam ni saya gugel gambar dia.


Penceramah dah best. Makanan pula super awesome. Ha. Makan buffet dekat hotel siapa tak kenyang kan. Tapi jamu mata je lebih. Perut mana boleh isi dari tembikai ke pasta. Nampak sangat kebulur. Padahal yang cakap nak bungkus tu siapa eh.




gambar sebagai kenang-kenangan supaya nanti boleh mengenang

Saya nak cakap dekat bos;

ain:rugi bos tak join kitorang.boleh makan banyak

heh.

2 comments:

Time kasih sebab komen!