Sunday, October 21, 2012

Treble

Assalamualaikum


Sejam lepas baru tahu treble tu apa. Dan tolonglah jangan sebut perkataan yang berkaitan dengan football lagi sebab sah-sah tak tahu. Tapi lepas dah tahu boleh lah berlagak. Contohnya macam treble tu.

Jadi kenapa saya dengan rela hatinya pergi ke kedai makan yang penuh dengan orang adalah sebab semalam  bukan dalam mood tengok wayang. So no harm pun bak kata orang putih duduk di meja belakang tengok gelagat orang tengok bola.




Dua orang abang ni adalah abang yang paling sopan dan cool sekali masa tengok bola. Saya selalu membayangkan dan sememangnya aware yang lelaki bila tengok bola selain suara bak gembita, dengan meja dan kerusi patah (ini kes kalah ni) umpama isi dan kuku. Kalau tak tak akan ada la stadium kena bakar. Ye dok? Tapi dari minit pertama sampailah 2-2 brader dua orang ni rilek je. Saya pun konfius diorang ni tengok bola atau tengok Ombak Rindu.


bila la nak gol. aku bosan dah ni. nak order kerang bakar pun tengah diet.


Itu text yang saya dapar prior tu pergi kedai tu. Kesian tengok sorang-sorang. Last-last dia langsung tak reply dah. Dan kemungkinan abah dia balik dari masjid ambil handphone dan pergi lepak kat mana-mana kedai ATAU dia tertidur depan tv. Sebelum ni ada juga teman dia tengok. Entah faham ke tidak budak tu tengok bola. Haha.


Dan ini semasa angin rindu dia datang. Sweet tapi perasan banyak sangat. Genetik agaknya.



Dan entri ni pasal apa? Saya pun tahu. Tapi yang confirm bukan pasal bola.

bye.

3 comments:

Time kasih sebab komen!