Sunday, October 14, 2012

Bukit Broga, Semenyih

Assalamualaikum.

Rindu pada blogging (ayat pembuka untuk setiap entry since setiap entri mesti gap more than a week. Saya tak mahulah state alasan basi tu lagi)

Ok. So Sabtu (baca:semalam) (dah kenapa nak buat pesen ni?) pergi hiking. Oh. Bukan. Bukan. Hiking tu bukan hobi saya tapi dah lama planning untuk panjat Broga Hill. Hobi saya makan. Je.

So kami buat last minute plan (yang pasti kami missed banyak persediaan) bertolak dari Nilai 4 pagi for fear of tersesat (terrer kan saya guna english ni) dan sampai di Bukit Broga 6 petang, maksud saya 6 pagi. Tak sangka ramai yang datang. Rajin sungguh rakyat Malaysia ni berbukit. Lepas parking dalam kelapa sawit kami tahu yang kami tak ada torchlight. Cuba beritahu saya macam mana nak panjat bukit berliku dalam gelap? Dan usahawan yang bijak berniaga kat situ telah menjual sebijik torchlight berkuasa 5 voltan berukuran 5 sentimeter dengan harga sepuluh ringgit. Sebab terpaksa kami terpaksa beli, kemudian kami ***** (sometimes, swearing is needed?

PengajaRan pertama: BAWA LAMPU. SEBAIK-BAIKNYA LAMPU YANG PAKAI DI KEPALA.

Pendakian menuju puncak pada hari itu sungguh menyakitkan seluruh otot kaki.

Pengajaran kedua: WORK OUT LA SIKIT. UNTUK ORANG MAKAN TIDUR JE.

Lebih kurang setengah jam mendaki dan merangkak, kami tiba di puncak bukit. Saya berasa sungguh gembira sekali. Walaupun saya hampir-hampir mahu bergolek turun dek ketidak sanggupan merangkak menggapai puncak saya konon-konon pujuk diri supaya tabah. Ujian Allah ada di mana-mana (boleh?). Lagipun nak dapat benda cantik bukan senang.

cuaca mendung jadi kami tak dapat tengok sunrise

tapi pemandangan atas tu dah cukup untuk kami

kami tak kisah, kat mana-mana pun kami pose

tak ada sunrise pun kami puas hati. Gambar pun dah tahu tahap kepuasan kami

tiba-tiba kami rasa hanya kami menguasai kami ini

kami tetap buat tak tahu

pemandangam sangat sangat sangat indah

walaupun peluh banyak, tetap happy

eh.eh. macam nak tergelincir pula

bunga lalang je yang ada. itu pun kami rasa cantik

betul.cantik.

kan?

kalau hujan tak mula turun kami mungkin akan naik ke puncak satu lagi

peace je la

cantik sangat

orang pun ramai

hari minggu la katakan

tiba-tiba kami terspot satu pasangan lovey dovey atas batu sambil layan drama korea. 

untk energy turun kena makan bihun goreng 1 ringgit 50 sen.

dah mula rintik. kami bergegas turun

cepatla. nanti jalan makin licin

kami selamat turun dengan muka pucat penuh senyuman

Broga Hill sangat indah. Terima kasih Tuhan.

Bye!

5 comments:

  1. Hensem laki dlm gmbr tu

    ReplyDelete
  2. hahahahha. rasa nak gi Broga hill jugak. and gmbr2 tu. lawak la pulak bc caption die.

    ReplyDelete
  3. mcm mnarik ja broga hill nih...mybe one cfine day sya ptut pergi sna jgak... :)

    ReplyDelete

Time kasih sebab komen!