Sunday, September 9, 2012

Heartbroken story

Assalamualaikum blog kesayangan yang comel selalu. And you too.

Saya tidak tahu patut atau tidak untuk menulis (atau lebih tepat menaip) sesuatu yang saya kira sebagai personal yang saya tangisi for few weeks. Kalaupun saya patut menulis (menulis suits me better kot.hihi), saya tidak tahu macam mana untuk describe into words yang betul-betul menggambarkan jiwa saya. Tapi, tengoklah akhirnya saya memilih untuk patut dan tahu (kalau post ni "published").

Awal tahun 2012 ni (cepat sangat kita dah nak jumpa 2013), saya masih ingat betapa saya terpaksa struggle dan bersabar bila saya dapat offer untuk kerja di Sepang. Siapa yang tahu how Sepang looks like akan tahu macam mana susahnya hidup kalau tidak berkaki. Tapi saya sentiasa tahu, itu hanya untuk sementara. Tapi kita semua tahu bukan penantian tu satu penyeksaan. Lebih-lebih lagi penantian yang kita tak tahu secara tepat masa,hari dan tarikh kita dapat keluar daripada penyeksaan tu.

"Allah tahu yang terbaik buat saya"

Saya begitu happy sebab saya dapat apa yang saya mahu. Saya fikir penantian saya terbayar. Saya sukakan kerja saya. Senior yang merangkap person yang saya report to bukanlah seorang yang saya patut tidak selesa dan not happy with. Sesiapa yang pernah tanya saya sama ada saya happy atau tidak akan tahu yang saya selalu cakap saya happy dengan kerja saya. Yes. I. Am.

Sehinggalah beberapa minggu lepas.

Bukan saya mula membenci kerja saya cuma saya mula unhappy dengan workplace saya. Lebih tepat dengan sesetengah manusia yang kalau dengan bahasa kasarnya saya boleh gelar mereka sebagai kuli saya sahaja.

Apa yang terpaksa saya rasa apabila terpaksa mendengar tiap-tiap hari mereka mengata dan mempersoalkan apa yang saya buat?

Menuduh saya dengan benda yang saya langsung tak buat?

Saya tidak hadapkan respect mereka yang langsung tidak tahu untuk respect diri sendiri. Saya tak perlukan respect macam tu. Dan saya tidak akan memilih untuk form a friend relationship dengan mereka yang saya tahu tidak sesuai untuk menjadi kawan saya. I dont speak their language. Maaf. Saya tidak bercakap babi, sial, bodoh, shit, damn, bangang, babi babi babi dan babi dalam percakapan harian saya. Saya bukan tidak pernah menyumpah.

Saya tidak pasti bila semua umpatan dan sesi mengata saya tu bermula. Mungkin right after I got myself a car. Small car. Satu yang saya mampu. Yang akan memudahkan urusan saya yang kemudiannya ditafsirkan sebagai berlagak. Kemudian membandingkan saya dengan seorang housemate yang dia kata kaya tapi tidak berlagak. Tolonglah, housemate tu kaya pakai kereta Vios mak bapak dia yang bayar. Saya beli kereta, even tak Vios manapun, saya beli sendiri. Dan kalaupun saya nak berlagak, memang saya patut berlagak pun. Atau mungkin sebab kau tak boleh nak dapat satu? Atau lebih kurang ajar kau tak mampu?

Dan dia kata "bukan audi pun nak berlagak".

Saya tak tahu  isu kereta-baru-berlagak ni jadi topik mereka untuk berapa kali. Everyday I guess. Takpe, saya biarkan je. Itu semua cakap-cakap manusia tak ada modal. Saya masih berlagak biasa. Biasa disini bukan bermaksud saya huha-huha dengan mereka. Kan saya dah cakap saya tak bercakap bahasa mereka. So, saya cuma bercakap apa yang perlu, give order(s), dan jadi friendly sikit-sikit.

Sehinggalah (lagi) last week.

I got myself new handphone sebab dah lama mengidam dan handphone lama tu pun ihsan Kak Long tercinta. Itupun selalu buat hal, selalu mati tanpa ucap selamat tinggal. Itupun dijadikan isu.

Dan mereka kata "kalau baik tak menunjuk macam tu"

Sampai sekarang saya tak dapat nak uraikan "menunjuk macam tu" tu apa. Seperti biasa, tiap hari saya akan masuk lab dan bawa logbook dan handphone saya. Letak atas meja dan buat kerja. Itu menunjuk ye? Mungkin saya patut balut handphone tu dengan kain sarong atau dengan cadar (lagi tak nampak kan). Since saya tinggal sekali dengan diorang, habis semua apa yang saya buat dijadikan benda untuk diumpat, digali-gali konon menunjukkan mereka tak puas hati dan betapa durjananya saya ni. Paling mengguris bila hal yang saya dah bincangkan pun dijadikan isu. Saya terang-terang dah cakap "apa-apa bagitau, kita duduk satu rumah tak sedapla ada apa-apa".

Jadi, for the whole weeks saya decide untuk berdiam diri, cakap apa yang perlu. Saya sakit hati. Saya jadi bahan mereka mngutuk. Bila saya suruh buat sesuatu, reply dengan kurang ajar. So saya decide untuk senyap dan biar dan buat dunno ajalah.

Lepas 5 hari, saya dapat text message. Meminta saya keluar dari bilik saya atau lebih tepat menghalau saya dari rumah tu. Senang kan? Benci dan meluat dengan saya, terus halau. Macamkan rumah tu dia punya. Padahal dulu, tanpa saya dia tak kan boleh sewa rumah ni. Dikatanya saya berlagak, tak reti bawa diri, lebih baik duduk dalam hutan dan kalau tak puas hati cakap depan-depan tak payah tunjuk muka tak puas hati. Setahu saya yang tak puas hati sekarang mereka, dia. Kenapa saya yang kena cakap depan-depan dan tak perlu tunjuk muka masam tak puas hati?

Saya betul tak faham. Kalau saya yang tak puas hati, sayalah orang yang akan hantar text message dan cakap,

"dah ada kereta berlagak. Nak pergi sendiri"
"tak offer"
"dengan staff lain menggedik"
"sila berambus dari rumah ni"
"tak payah hempas-hempas barang"
"tak puas hati cakap depan-depan"
"belajar tinggi patut ada akal"
"kerja ni kena ada keberkatan"

dan macam-macam lagi la.

Instead of saya, dia yang hantar text message tu. Sekarang ni siapa yang tak puas hati?
Lepas tu hantar text again mengatakan maaf untuk terkasar bahasa tapi still dengan apa yang tak puas hati tu.  And she asking me to be better. Berubah untuk kebaikan. Saya rasa kau yang patut berubah dulu. Kalau dah jadi muslimah sejati, dah tahu jaga aurat betul-betul, dah reti nak bercakap dengan betul, hati pun dah basuh dengan clorox, dah masuk U, baru kau layak nak cakap semua tu.

Memang lepas ni saya akan berubah. Berubah jadi yang sepatutnya. Sampai bila-bila saya tak akan menjadikan mereka kawan.Mereka cuma layak untuk jadi mereka yang bekerja untuk saya. Ye. Memang ayat ni ayat berlagak.

 Saya cuma beri apa yang mereka mahu.

10 comments:

  1. bodohnye la minah tu...nampk sgt dengki ngan org...rezeki masing2 kot..org mcm ni.. xptot dtlong bile die sush..bia die rase...tp pasal rumh tu...dah mcm story i...u cari je umah lain yunk....lau die nk dengki sgt..u tunjuk yg u lg mampu lebih dr tu..bia die lg dengki..i suke org mcm tu.. hahahah..bg berapi lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..awk ni klaka..thanks 4 d advice..blh praktik skit 2..jihi

      Delete
  2. sbr je la aien. kalo ada duit lbh, pindah je cr umah baru. stress gak kalo housemate ada perangai camtu. mulut org kita x leh nak tutup pun. wat bodo je la.

    ReplyDelete
  3. saya pun pernah kena macam ni. padahal tak pernah pun menunjuk2 tapi org kata kita ni berlagak just because saya ni dari family yg okay sikit and most of the thing yang saya nak parent saya mampu bagi. mula2 tu sedih sangat kot sbb diorg tu kawan sendiri. tapi lama2 fikir balik peduli kan je apa org ckap. sekarang ni just trust and berbuat baik dgn family je sbb diorg the only one yg akan bersusah sng dgn kita. so jgn sedih2 okay :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks amalina.marilah kt sm2 mnjadi org yg kuat n semoga kekuatan kt 2 akan bg lbh mnfaat kpd kita..huhu..:-)

      Delete
  4. waaaa..nk triokkkk rs..ni la klu duk serumah ngan org x sama level pelajaran (ni ayat belagak). pemikiran diorang ni bajet nk good good je padahal nan hadoooo..jange layan spesis begini!!

    ReplyDelete
  5. Sabar..

    Tuhan tu taw apa yg terbaek bagi anda..

    Just..

    Thats life.. And to grow up, something like this may happen..

    Tikam blakang, kutuk-kutuk, kne fitnah, kena maki, etc etc

    My best guess is, they grow up in an environment that different from us..

    Dalam environment depa membesaq ada tikam-tikam, maki-maki, babi-babi, kuli-kuli.. etc-etc..

    Environment kita ada kasih-sayang, hormat orang, x dengki, busukkkan nama orang..

    So.. thats wot make em..
    My advice is.. Anda bersabar.. Allah sentiasa ada bersama orang yg benar..

    (sakit sangat baca artikel kamoo ni, sampai saya baca sekerat2 saja.. takut kalu saya baca perkataan tu satu-satu.. saya nanges plak sbb sedih sesangat)

    p/s-hati manusia lembut, tak keras seperti besi. Sekeras-keras besi, lepas dibakaq, diketok, di hempas, ia akan pecah berderai. Tapai.. I mean, tapi, hati manusia yang lembut tu, lepas bakaq, di maki, di hina,akan menjadi lebih kuat..

    Hope this help. Ku doakan anda bahagia selalu.

    This is editor of totallymejah

    ReplyDelete
  6. Sabar..

  7. Sabar..

Time kasih sebab komen!