Wednesday, August 15, 2012

Troli

Assalamualaikum

Sebelum proceed ke perenggan yang seterusnya kena tengok last update. 6 Ogos 2012. Mujurlah bukan 2011. Fuh. Susahnya nak selalu menaip bila menaip tu pakai tangan dan bukan mulut. Dikekang lagi dengan masa. Tambahan bulan puasa ni sibuk tak tahu sibuk apa.

Dalam masa 3 hari lagi, Ramadhan dah nak pergi. Sedih sebab cepat sangat. Tahun  ni langsung tak dapat berbuka dengan family. Mungkin masa bertahun yang lepas dapat puasa penuh kat rumah tu, sebab Allah sayang saya. Dia tahu tahun ni saya terpaksa bekerja. Sob. Sob. Nangis sebab tuhan sayang kita.

Preparation raya tahun ni baju beli sendiri. Lepas tu dah mula excited dapat angpau lepas servis kereta. First time dapat bagi duit raya. Rasa matang weh. Hakhak.

Okey.okey.Sebenarnya nak cerita pasal salah satu tabiat rakyat Malaysia. Kurang beradap. Lebih tepat lagi kurang ajar. Dah kata rakyat Malaysia tu, saya pun kena juga la. Punya la dung dang dung dang dok menyanyi lagu Budi Bahasa Budaya Kita, tapi sikitpun tak ada rasa nak berbudi bahasa. Saya dapat merasakan yang kempen adalah satu medium yang agak sulit untuk kita merubah sesuatu perkara. Saya selalu percaya yang apa saja, mesti datang dari hati. Itu yang akan menjamin 99% permulaan untuk berubah.

Kalau nak cerita pasal kurang ajarnya Malaysian ni, banyak kot. Tapi, satu yang paling annoying bagi saya bila letak troli bukan di tempatnya. Itu kejam ye. Tambah-tambah  lagi bila cantik je dia parking troli tu belakang kereta orang. Bukan orang lain. Kereta wa la tu. Saya penat nak fikir kenapa begitu kurang ajarnya si pelaku tu. Ok, kalau betul la kaki tangan tu berat sangat nak letak elok-elok, tolong la letak tempat yang tak menyusahkan orang.

Lagi ada yang jenis letak troli yang lepas dia shopping mopping tu dekat parking lot. Ya tuhan, manusia macam apala tu. Itu tempat letak kereta, bukan troli. Dulu kat sekolah cikgu kata kereta dengan troli sama ke? Since dua-dua pun ada tayar kan.

Saya suspek orang yang macam tu adalah makhluk yang pentingkan diri. Bagi dia, asal tak menyusahkan dia, itu dah kira lulus. Lulus jela. Belum cemerlang. Lulus pun biasanya D dah kata lulus. So, kesimpulannya, orang yang macam tu bukan hebat mana pun.

Saya tahu ada sesetengah yang akan cakap "nanti orang yang kutip troli tu tak ada kerja". True la kan kerja dia kutip troli. Tapi tolong faham ye dekat sini, saya nak cerita pasal manusia kurang ajar bab troli bukan manusia kerja kutip troli yang tak buat kerja. Bagi saya, orang yang bagi those answer adalah spesies bodoh dan sombong. Bodoh sebab bila diajar tak reti nak apply, ada otak tak reti nak guna. Sombong sebab selalu merasa diri lebih baik dari orang. Troli je bang, kak. TROLI  je pun. Itupun troli yang akak dan abang guna masa shopping ikan ayam tadi. Tahu guna, tahu la simpan kan.

Saya tahu troli ni satu isu yang very simple. Tapi bukan ke kalau nak start sesuatu kita perlu mula dari a    very simple step?

3 comments:

Time kasih sebab komen!