Sunday, August 26, 2012

Kita pun nak cerita raya juga!


Assalamualaikum!

Pejam celik dah selamat dah raya. Pejam celik dah kena start kerja balik. Kalau pejam tak celik-celik tu tak tahu lah. Kat kampung halaman indah permai hari tu, broadband sakit tenat. Memang tak la saya nak mengupdate. Lagipun, kita sibuk la, kita jadi driver, kita sibuk pergi ronda sini sana. Sibuk makan sekut lagi. Dan sibuk menaikkan berat badan. Dan sekarang sibuk nak puasa ganti. Harap-harap sempat habis la.

Ini gambar keluarga tak cukup dua orang. Sorang snapper (betul ke istilah ni?) dan sorang lagi bini orang. Huahuahua. Macam biasa la kan, tangkap gambar family masa raya ni klise di hari raya. Siapa yang tak ada gambar keluarga di hari raya tu mungkin sebab dia tak ada  keluarga atau tak ada kamera. Atau mungkin dia, dia, dia lonely???

Ini gambar dengan baju raya. Baju raya memang kena beli ready made sebab mimpi di siang hari la jawabnya. Gambar ni menjadi kesukaan saya buat masa sekarang. Jadi gambar ini akan menempel di mana-mana sahaja. Kereta dan gitar tak ada kaitan dengan raya. Ok. Sekian caption gambar.

Tahun ni saya beraya dekat rumah ma dengan abah macam dua puluh dua tahun dulu jugak. Tahun depan tak tahu. Mungkin dekat London. Mungkin dekat rumah mak mertua dekat sana tu. Mungkin. Mungkin.
Mungkin tinggal angan-angan sebab saya kan tak mahu kawin lagi. Maklum ler kita tunggu lelaki soleh.Ehem.


Ini gambar raya yang, yang diambil pada pagi raya.

Sebenarnya, kitorang tak tangkap banyak gamabr since semua sibuk makan. Eh, bukan. Kitorang tak ada camera. Kesian kan? So, tolongla sedekah satu kamera jenama Nikon kan kami ye. =)

So, raya tahun ni ada 3 helai je gambar. hihi.

Sebenarnyakan, hari raya pertama dan kedua tu saya letih. Penat woo drive sepuluh jam seorang diri dengan kesesakan lalu lintas yang agak hebat. Lagi terpaksa terima kerenah setengah driver yang kurang ajar. Alah, biasa la. Ingat tak previous post? Malaysian yang kurang ajar tu. Sesetengah jela. Kalau tak telan paracetamol, mesti raya dalam selimut. Tapi syukur sangat dapat drive dengan selamat walaupun amatur baru. Hihihi.

Satu hal yang kira wajib kitorang buat kalau lalu Kuala Krai adalah membeli lemang. Jadi, hari Sabtu tu, dekat Kuala Krai, Bukit Puteri memang gerai lemang beratur. Saya tak tahu kenapa tempat tu nama Bukit 
Puteri sebab saya rasa nama Kampung Lemang atau Bukit Lemang atau mungkin Lelemang lagi sedap dan sesuai. Nanti la, saya usulkan kepada JKKK kampung. Elok pulak jalan sesak time tu, bakar lemang pun sempat. So, kitorang pun beli la lemang tepi jalan dengan mak cik sebagai penjualnya. Harga memang murah. RM12 untuk 3 batang tapi kenapa mak cik? kenapa mak cik bagi gula melaka punya sirap tu 2 sudu besar je? Kedekut mak cik tu.

Kemudian, kami gerak depan sikit, sekali nampak lemang RM10 3 batang.

Rasa-rasa apa perasaan kami?


1)Mak cik tu dah la bungkus lemang lambat
2)Bagi pencicah kedekut la sangat
3)Jual pula mahal!








Dan yang paling buat kitorang rasa nak lemangkan mak cik tu adalah sebab lemang tu langsung tak sedap. Satu rasa pun tak ada. Saya tahu lemang tu end up dalam tong sampah sebab tak ada tekak pun yang boleh terima lemang tu. 
So, jangan beli lemang tepi jalan yang harga RM12 3 batang dan yang jurujualnya seorang mak cik yang nampak innocent. Terima kasih mak cik sebab dah lemangkan customer-customer mak cik.

Sekian. Selamat Hari Raya. Jangan berat perut nak puasa enam.




p/s:saya tak tahu kenapa tulisan dia kecik besar kecik besar. Saya memang dah lama pening dengan blogspot.Sekarang pening dengan pesbuk. saya tak suka timeline tu. Saya pening menengoknya. Kenapa ntah mak zugenbeg tu.

10 comments:

  1. lemang rm12 3, rm10 3? slalu beli rm10 sebatang ada la.

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya ain..

    eh2, nm tmpt lemang tu bkt puteri ke?
    kita selalu guna nm lmg manek urai aje ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ma kt bkt ptri.hihi.tp dkt doh dgn rumah tihah 2 k.krai

      Delete
  3. tirah xupdate pon pasal raya...xde mood...tlg update kn...hihi

    ReplyDelete
  4. hukaloh...gmba gitar tuh lagi..haha

    ReplyDelete
  5. aku oyak doh ko sewad..rasa lemang kt perak mhl..haha...tp lemang dia sebtg rm12 pun besar..kt klate tu kecik lg...lgpun lemang klate dia kukus dulu baru bakar..hok perak rasanya mmg pure bakar...gitu la citenya

    ReplyDelete

Time kasih sebab komen!