Monday, August 6, 2012

Batman and Total Recall

Assalamualaikum!

Lama kan? Last update pun bulan lepas dan macam biasa la, alasan yang super klise- SIBUK. True.
Bukan sibuk kerja semata tapi sibuk untuk setting otak untuk kembali ke mode lurus. Minggu pertama tu la otak mula bercabang. Sekarang macam dah agak lurus sebab kan, hari tu kan, Sabtu dan Ahad tu kan, saya pergi melawat Melaka. Untuk kedua kalinya. Yela. Yela. Dah hidup 23 tahun pun baru dua kali. Sob. Sob.

Actually, planning untuk ke Melaka ni atas alasan untuk lebih hebat sebagai drifter, atau senang cerita i just need a little bit (not a little, i mean, i need EXTRA LESSON) driving lesson. Cikgu memandu dulu ajar sikit sangat sebab dia lagi banyak mengurat saya lah. Ok. Mungkin itu halusinasi saya je.

So. malam sebelum ke Melaka tu, saya kena la pick up cik Ika dekat Bangi dulu. Dan lepas berbuka Mcd di dalam kereta, orang lain pergi terawih, kami bertiga pergi tengok wayang. Jadi, jom cerita sikit pasal Batman: The Dark Knight Rises ni.

Bosan pada part awalnya sebab penuh dengan benda-benda dan plot-plot yang buat saya tidur. Ye. Memang tidur. The only part yang saya tengok adalah masa Batman kena tikam sampai la ending. Haha.

Sorry la Batman, awak tak hensem la. Tak semangat nak tengok.


Pagi Sabtu, kami bertiga lagi pergi Melaka. Saya la yang drive nya. Dan sebab kami guna jalan dalam, the journey quite long kalau bandingkan dengan highway. Tapi lesson is a lesson. Saya suka sangat dengan bazar di Melaka kalau nak dibandingkan dengan bazar di Kuarters KLIA yang sangat menghaampakan perut tapi membahagiakan purse. Seminggu puasa, saya dah malas nak jejak dekat bazar tu. Dekat bazar dekat Tesco Melaka Central tu ada satu gerai yang jual murtabak. Sekali tengok mesti rasa macam murtabak dia awesome je since dia gantikan inti dengan serunding daging. Kami macam excited je nak try. Tapi turn out harga dia sangat mahal iaitu RM7 (kami end up beli sebiji je sebab sempat tanya harga) dan rupa-rupanya tasteless. Heh. Penat je bang tebar murtabak tu ye.

The next morning, kami ronda Melaka cari Kota A Famosa. Er, bukan ke kalau pergi Melaka kita kena tengok Kota A Famosa tu? Ye, puasa tidak menghalang kami dari melawat sambil belajar. 

Ini atas model kapal yang saya lupa nama apa
Sebelum cari A Famosa tu, kena la melawat muzium kapal dulu. Nasib baik la warganegara, dapat harga separuh. Haha. RM3 je dah boleh feeling-feeling belayar dengan Hang Tuah. 

Next mission adalah kena tengok A Famosa. A Famosa ni dibina berhadapan dengan Selat Melaka, jadi senang untuk mereka teropong kapal-kapal. The only thing yang tinggal cuma pintu gerbang dan separuh dari struktur gereja yang selalu kita tengok dalam buku teks Sejarah tu. Yang lain semua kena bedil doh. Cuaca semalam sangat baik dengan kami sebab dekat atas tu redup dan angin pun sepoi-sepoi gitu. Penat pusing, kami lepak luar sambil ada sorang brader basking la kot. Dengan angin sepoi-sepoi, abang  tu petik getir nyanyi lagu The Beatles, I said that, it was sooooooooo romantic.

Ok. Ok. scene romantik dah habis.

Sebabnya ada orang tu tak nak balik lagi, jadi kami pergi tengok wayang lagi. Lalalala. Hari-hari tengok wayang, tengok-tengok poket kosong. Kosong. Kosonggggg.


Memandangkan pilihan tu tak begitu memeningkan, kami tengok la Total Recall. What can i say? Go. Go. Go. Pergi lah tengok Total Recall. Confirm akan suka dan mata tak akan terkelip sekali pun. Ok. tipu. Kalau tak berkelip itu bahaya. Mungkin akan ada yang beranggapan Doug (male actor) dah masuk ke fantasi dan akan menunggu bila dia akan sedar. Tapi bila penat menunggu, baru la korang tersedar yang korang ni lambat sikit. Hahaha. Well, i'm not. Wink.

Well, apa lagi yang boleh saya cakap, cepat pergi tengok. Tapi dinasihatkan tengok waktu siang, kalau malam kang tertinggal terawih. Heh.



p/s: I hurt my baby and give him scar on my first day of driving. Sob. Sob.

3 comments:

  1. wahh , ni ronda sakan kt melaka ni . hehh tulaa , tgk review total recall tu best , tp mna nk cri wyang kt mrsing . haha

    ReplyDelete
  2. perghhh... jln2 gi Melaka lak ye.

    ReplyDelete
  3. eyjalukman, xde kt mersing. pg jb..hehe



    yela, org tu kan aritu gi honeymoon..kn la gi honeysun plak kami2..

    ReplyDelete

Time kasih sebab komen!