Sunday, July 1, 2012

Nasi belum hangit

Assalamualaikum

Hari ni hari Ahad, esok kerja, hari ni sama seperti semalam yakni gua bangun tidur, online dan tidur balik. Nampak tak keloseran hidup seorang gadis kat sini? Dan dan dan . ah, tak payah reveal lebih-lebih nanti  rosak dunia. Ok, mengarut.

Oh ye, selalunya memang saya prefer untuk mengutuk, mengumpat, mendengkin dan segala imbuhan men tu dekat blog murahan ni instead of cerita pasal personal life yang hebat tapi kadang loser, pasal bff, er, bff?, pasal boyfriend, err lagi sekali. Siapalah yang beruntung tu ada girlfriend hot macam Neelofa ni.

Eh. tak. Saya tak cakap Neelofa tu macam saya pun.

Ok. Pagi tadi, bila saya cakap pagi, memang betul-betul pagi hujung minggu. Faham tak pagi hujung minggu tu skala dia macam mana? Okey terima kasih sebab catch cepat. Senang cikgu mengajar. Pada masa tu, saya dapat call dari ma. Dan dengan selambanya saya biar je call tu daripada jawab dengan kata-kata di hati,

"i will call back once i wake up"<<-------spesies ni memang cakap omputih dalam hati

Derhaka kan perangai saya tu. Oh. Ampun.

Seperti dijanjikan dalam hati, saya pun membuat panggilan ke Kelantan. Hari ni hari Ahad, sah la boboi boy tu pergi sekolah. So 3 jiwa je ada kat rumah. Saya syak yang ma rindu dekat saya lah tu yang dia kol. Tahu jelah, selalu saya yang kena kol. Eh, helo. memang sepatutnya anak yang cari mak kan. Jauhkanlah aku dari sifat-sifat derhaka tu.

Conversation tu dekat setengah jam jugak la.
Pasal saya
Pasal adik
Pasal merapu-merapu
a lot of stuff.
Mengumpat sikit.
Mengumpat banyak.
Eh tak.
Saya tengah tanak nasi at that time and tiba-tiba terkantoi beritahu.

"eh, sejak bilo panda masok ni.dok rumah dok rajin2 masok pon"

Ok fine, habis jatuh saham bila mak sendiri bagi statement kejam berbau benar ni.



Bye.



Oh ye, tajuk macam tajuk cerpen kan?kan?kan? Cepat cakap ya!

2 comments:

  1. nati aku nok g derak umoh mu nok make nasik mu masok tu lah..haha

    ReplyDelete

Time kasih sebab komen!