Berdiri dan bergantung pada diri sendiri itu lagi mudah dan berkesan (sesuatu yang datang dalam minda akibat hati sedang kesal dengan makhluk bernama manusia)
Ok, pernah atau tidak diiekori oleh unknown? Di lorong-lorong gelap, tengah-tengah shopping mall, atau di tengah-tengah jalan raya yang banyak kereta tu. Mesti kelam kabut dan takut je bila kena ikut macam ni. Yalah, tanpa sebab kan, why la manusia yang buat perkara tu wujud dalam muka bumi ni.Yang ni happen Jumaat lepas, masa kami bertiga nak keluar lunch. Dayah yang drive masa tu, I was her co-pilot dan Aya dekat belakang. Sesi nak tunjuk hensem tu berlaku bila Dayah U-turn kereta dan pada masa yang sama, ada kereta dari sebelah kanan.
situasi dia macam ni la. Melukis dengan rasa lapar memang agak ketaq.
Kereta yang dari kanan tu (dalam gambar tu digambarkan dengan kaler biru), it was Honda TypeR, entah la TypeR tu apa, dah dekat keretanya ada perkataan tu, dengan ekzos bisingnya. Pada masa tu, Aya cakap yang lelaki dalam kereta tu punya menggatal, melambai-lambai. Oh, kalau Zed Zaidi tak pe la jugak. Dayah masuk lane kiri dan kereta tu potong. Both Indian, kalau Shah rukh Khan takpela kan. There was signal yang menunjukkan kereta tu nak masuk Litar Sepang (yes, this is happen dekat Litar Sepang, maksudnye luar Litar, atas road), tapi entah macam mana mereka berdua telah mengekori kereta yang dipandu Dayah sampai ke Pekan Salak. Dayah punya la takut, of course she was lah kan sebab she was driving.
Mujurlah jalan dekat Pekan Salak jam, so that both Indian dalam kereta Honda tu decide untuk stop ikut kami, dan dengan selambanya reverse depan kereta Dayah. Fuhh.. Bayangkan dari nak pergi Sepang Circuit, boleh mamat abnormal tu buang masa follow kami. Kalau hensem kuranglah sikit marah tu kan.
Apa-apa pun mujurlah tak ada apa-apa berlaku.
be careful ya :)
ReplyDelete