"ain dah sebulan kerja kan? tak terasa pun kan? jap lagi dah dapat gaji"
Itulah hakikatnya. Sekejap sangat masa berlalu. Baru rasa macam semalam je (macam tipu je) dapat offer letter. Doa Allah makbulkan. Penantian terbayar. Hehehe. Alhamdulillah setakat ni kerja okey dan best. Masa first dulu, kekok je, sampai nak buka pintu lab pun rasa macam segan. Padahal dalam tu ada dua orang kawan sekerja (lagi) je. Sekarang siap hempas-hempas pintu lagi. Bukan sebab marah, dah pintu tu ringan.
Ohhhh, hari tu, sebelum masuk kerja, me and Ika temankan bakal pengantin dan tunangnya tu buat sesi bergambar. Dekat Putrajaya, tempat yang ohsem la. Cantik. Berseri. Indah. Menarik. Rasa nak tinggal sana je. Alang-alangkan meneman, si cameraman tu tersnap gambar kami pulak. Kenapa tak bagitau, boleh kami senyum sampai lebam.
Dalam entri ni ada dua cerita rupa-rupanya. Tak pe, ni kita panggil, bijak mengguna ruang.
So far gembira dengan kerja dan hidup. Jadi, usahlah "KAU" berlagak tahu.
montelnye mokcik..bahagia la tu tanpa i..
ReplyDeletei rindu u laaa
ReplyDelete