Tuesday, April 24, 2012

K-virus

Stok drama Korea dalam laptop semua dah habis tonton. Aduh, macam mana ni. Nak tengok online barai la broadband yang serba kekurangan ni. Dapat blogging, jeling-jeling facebook, check email pun dah kira syukur dah. Lagipun layan online tak best. Tak menarik.



K-Virus tu tak masuk K-Pop, since gua tak suka sangat lagu-lagu Korea yang gedegung gedegang macam bunyi mesin air tu. Bising. Ada la sesetengah yang I dengar. Tapi usahlah ditanya tajuk dan penyanyinya. Sebut la siapa pun, jawapan tetap sama. Kalau lagu-lagu dalam drama Korea, owh, kena yang awesome, memang satu hari la pusing kaset tu je. Sekarang asyik pusing lagu dari drama Heartstring. Best. Rasa nak peluk-peluk je penyanyi tu.

Kenapa K-virus? Suka hati kita lah!

Cerita ni timbul sebab tadi, dekat office, lab-mate cakap bos kitorang selalu layan drama Korea. Damn lah, layan Korea tak ajak. Haaa. Patut la semua sterilization tabur kat kitorang, dia nak layan Korea rupanya. Sebenarnya, I terkejut juga since,

1. Susah je lelaki nak layan Korea. Fahmi cakap, geli la tengok, lelaki Korea jambu air je semua (air tu I sendiri tambah)

jambu ni la yang bos-melayan-korea tu masuk semalam. Sedap tapi tawar. Macam minum air, bak kata lab-mate (mulai sekarang gua nak guna lab-mate, tak mau la kawan sekerja, agak kelmarin pulak rasanya)

2. Bos tu nampak macam skema je bila I pergi desk dia, selalu nampak die ngadap Microsoft word. Ni mesti dia cepat-cepat kecikkan window korea tu bila nampak I. Ceh.

Agak-agak, wajar tak I tukar-tukar drama Korea dengan dia?

1 comment:

  1. wajar sgt la weh..leh aku copy skali..hahahaha

    ReplyDelete

Time kasih sebab komen!