I will be moving to a new place yang I tak pernah pergi pun sebelum ni iaitu Korea. Oh, tipu je. Tapi, yang first tu betul. Moving ke tempat yang baru sebenarnya elok sebab kalau kita stay di tempat yang sama untuk jangka masa yang lama, (dalam kes ni stay di Malaysia selama 23 tahun dan move to Korea) kita dah masuk ke zon selesa. Dan sebab tu la kalau boleh kita nak duduk bawah ketiak mak sampai bila-bila, sebab bawah ketiak mak tu la dipanggil zon selesa, hangat dan mendamaikan.
Bila kita dah berada di zon selesa, kita akan bersenang-lenang, senang kata hidup kita tak ada cabaran lagi. Asyik-asyik ngadap muka lelaki tu je, dah la hensem 10 sen, buat rutin yang hampir sama, tengok lantai sama, dinding sama, pokok bunga sebelah bangunan yang sama dan mak cik cleaner yang sama.
Tapi, untuk berada di tempat baru, I paling nebes nak adapt dengan suasana. Dengan orang baru (harap-harap lebih ramai lelaki yang hensem 25 sen), perkara baru, dan posisi baru. Alone pulak tu.
Jadi, semoga Allah permudahkan. Setiap detik.
Amin.
Pengulangan gambar dengan saiz berbeda adalah disengajakan sebab I suka gile amat sungguh dengan gambar tu. Lovely.
No comments:
Post a Comment
Time kasih sebab komen!