Saturday, February 11, 2012

Tutorial memakai shawl 2012

Hai,

Sekarang ni mostly awek-awek sebelah kita pakai selendang, pakai pashmina. Belit-belit lagi. Segala fesyen ada. Yang paling kesian bila dah macam balut nangka. Hehehe.

Dulu, I was addicted juga dengan tutorial, cara-cara dan tip pemakaian shawl or pashmina yang stylo belit-belit ni. Siap google. Lepas tu try cuba. Bila dah terrer sikit, next outing mesti pakai gaya tu. Ceh. Macam tak ada personaliti pulak. Dekat tiub-awak pulak, banyak la orang upload video tutorial. Tak tahulah orang tu nak cari glamour atau memang nak update yang gaya dia paling hot atau memang betul nak berkongsi.

Tapi tu dulu. Zaman fesyen belit, putar, gulung tu la. Sekarang lebih selesa biasa-biasa sahaja. Bukanlah the all time stick to tudung empat segi batu sekeliling tu, cuma tak ada fesyen belit dan longgar. I still pakai shawl atau pashmina. Cuba gaya pakai tu normal. Err. And i love pashmina because of its width dan ketebalannya.

Secara peribadi, yang dulu tu mungkin I was terikut-ikut dan hampir lemas dengan fesyen. Halnya, kita tak boleh biarkan fesyen tu buat kita jadi orang yang tak ada identiti. I dont know pasal perempuan yang suka belit-belit tu sebab apa. Yelah, kita bukan tahu niat orang. Cuma, yang patut kita fikir dan ingat bila pakai hijab ni adalah untuk tutup rambut, dada dan leher. Tutup aurat. Bukan balut ye.

Kadang-kadang kita kena juga ingat yang kita kena make sure apa yang kita pakai tu betul dan sesuai. Sebab kita tak sama dengan orang lain. Dalam dunia ni tak ada satu pun manusia yang sama dengan manusia yang lain. Apa-apa pun bersederhana. Jangan la macam balut nangka dik. Kesian akak tengok.

Oh ya, tutorial pakai shawl tak ada. Soorry.

1 comment:

Time kasih sebab komen!