Wednesday, January 25, 2012

Typical Malaysian

Heboh satu isu A. Semua blog update pasal isu A. Yang kaki maki dengan makiannya. Yang lagak tahu agama tapi tak pernah amal dengan segala dalil dan hadis yang susah payah dia google. Yang perasan cool pulak mengherdik dengan cara akulah-yang-paling-educated. Dekat facebook, wall penuh dengan share isu A. Belum kira dekat segala laman sosial lain.

Seminggu dua isu A lenyap. Orang kata dah basi. Muncul isu B. Kitaran tadi bermula lagi. Kemudian isu C, D, dan seterusnya.

Bukan hak kita untuk menghukum. Tapi hak kita adalah melihat dan merenung isu itu sebagai pengajaran. Kemudian, yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan. Ini adalah salah satu life education. Sebab itu Tuhan cipta manusia pelbagai rupa, perangai, pemikiran dan segala yang menjadikan satu manusia itu beda dengan yang lainnya.

Semua orang tahu "sesuatu yang berlaku ada hikmahnya". Tapi kenapa apply kepada si mangsa sahaja? Bagaimana dengan kita yang melihat? Jangan setakat "kesian" atau yang agak kejam pulak "nasib tak jadi dekat aku". I mean, everything happen for a reason. If you know what I mean.Tuhan anugerahkan minda bukan untuk berlagak pandai tapi untuk jadi bijaksana.


Itu yang sepatutnya.

No comments:

Post a Comment

Time kasih sebab komen!