Tapi dah lama mencuba kanta lekap. Apa? Ha, contact lense. Bila satu-satu benda tu kita dah biasa sebut or called them in dalam english terus macam....emm...emmm.. ap eh? ap eh?..Kan?
Sama la jugak macam signal. Dari mulut reti bercakap lagi mak bapak dah ajar sebut tu. what else?
Oh ya, tadi pagi, pagi tadi I pergi la kedai, niat nak pegi jumpa doktor to ask him about the kerja tu la tapiiiiiiiiiiiii sekali queue die punye patients sampai Korea. Adeh, sape suruh pegi lambat. Dah sah-sah aritu dia suruh datang pagi kan?
Not my fault. Mata ni ha. Lepas tu bla bla bla.....
Ok. Memang I yang salah. Adui, dah berbulan-bulan terperuk di rumah dengan kelembutan comforter 2 buat tabiat payah nak bangun-sebab-gila-tidur ni dah imun dalam diri. I have to stop now! Kalau tak ha ha tak tahu........
Since, memang takkan dapat jumpa doktor tu, I pergi cari kedai spek.
kedai 1
"ada 325. Nak?"
Sangat tak mesra walhal muka cun.
kedai 2
"kena order la kalau nak yang tu"
Alahai, mcam tak nak bagi aku beli pulak. Takpe2. Cari kedai lain
akhirnya pusing punye pusing jumpa la kedai lain, terus masuk. amoi yang ada kat dalam tu kemain senyum lebar, ceh! Baru la rasa selesa masuk kedai. Ini tak, ada sesetengah kedai tu, belum masuk dah rasa tak nak masuk. Kau nak berniaga ke tak?
Lepas tu I pun cakap la dengan penuh keayuan (rasa nak lempang kan) yang I nak beli Lense. Terus dia bukak ALmari pastu pet pet pot pet. Segala macam dia cerita.
"Ini brand banyak bagus. U boleh pakai lebih dari 6 jam.Lagi aa, dia lebih soft dari yang ni (sambil tunjuk yang satu lagi)"
"berapa"
"yang ini 30, yang ni 20. Ini yang 30 baik maa..Selalu orang datang pakai ini macam la. Banyak bagus..Sepanyol itu mari.."
"oooo"
"ini brand kualiti sama macam proton, ini pulak toyota"
eh, boleh plak ye..
"i nak yang proton la. beli barangan buatan malaysia ma.."
Padahal I sengkek. Cess..
"I jarang pakai pun"
"Ok la"
Kebiasaanya, kalau I oergi satu-satu kedai spek ni, kalau new customer dia mesti mintak isi borang untuk derma organ mata. Yela kan, mata da rabun. eh, bukan. Borang tu dia nak simpan maklumat kita la. Nanti kalau datang lagi boleh die bagi free. Yeke?
Tetiba amoi tu mintak spek
" u boleh bagi spek? kite cuci. xde charge punya"
OH...bagusnya..apalagi, memang macam baru die cuci..Berkilat2 gitu.Next time boleh datang lagi..yeay!
Actually, I started wearing lense masa 1st year university. Saja la kan, nak suruh cantik banyak (rasa nak sepak pulak kan). Tapi tu adalah reason syok sendiri, I pakai sebab keselesaan. Sebelum tu, memang agak tak selesa pakai spek sebab hidung kemek! spek asik jatuh jek. Kejap kejap kena tolak ke atas. Sampai malu jugak. Malu sebab ap pun xtaw.
Ingat lagi masa first time nak pakai, i tanya my friend yang dah biasa. tapi, mula2 nak letak dalam mata tu , susah sangat, tak masok kot! tak reti la kata kan. a few times jugak la cuba.
Lama-lama dah biasa, okey la..
Mula-mula kena letak lense tu dalam posisi macam ni. Kalau dia lengkung ke bawah memang haram tak masuk ok.
Bukak mata leluas, pastu letak la lense tu elok2 ye..
Senang je nak pakai, tak de rasa apa pon. Mungkin first time rasa macam ada benda dalam mata tapi lama-lama ok. Sehati dua ke kita dah boleh terbiasa.
Tapi awas1 kalau rasa gatal ke, baik tak payah pakai. Mungkin kita tak boleh dengan brand tu or mata kita tak boleh adapt dengan lense. so, untuk keselamatan baik tak payah. Mata beb!
Paling penting kalau kita deal dengan lense ni hygiene! Ingat adik-adik! tangan tu mesti mesti mesti always dibasuh dulu before sentuh lense. Sebelum makan pun kena basuh jugak.
Oh, baru teringat, nak makan ni.
Apa-apa pun, amoi kat kedai spek tadi memang best ah!
No comments:
Post a Comment
Time kasih sebab komen!