Tuesday, May 22, 2018

Trip bercuti dan borong di Guangzhou 3

DAY 4

Selain menyoping di Onelink Plaza, pagi tu kitorang meredah metro untuk ke Canton Fair. Korang tahu tak Canton Fair ni merupakan fair import export terbesar tau. So kalau uols bisnes juta-juta dan nak cari supplier sesuai sangat pergi. Why bisnes juta juta?

Canton Fair ni participants mereka biasanya kilang, so MOQ bukan kecil-kecil. Product range besar. Boleh chek out website http://www.cantonfair.org.cn/en/index.aspx untuk info. Saya cerita sini pun bosan juga nanti. Hihi

Untuk ke Canton Fair, naik metro ke stesen Pazhou atau Xingan Dong. Dua stesen ni akan keluar di section yang berbeza. So, nak mudah kena tahu  nak pergi tu untuk tengok apa. Jadi boleh decide bila nak pergi dan mana nak masuk. Tempat ni besar gila oit.

Selain itu, cewah penanda wacana gitu, untuk masuk kena bayar. Hihi. Kitorang mula-mula waswas bayar ke tak. Tapi sampai sana memang as a buyer, kena register. Kami register kat sana je. Yang diperlukan adalah passport dan gambar passport. Bayaran 60 yuan seorang. Once dah register, sahlaku kad tu tak silap sepanjang hayat.


Feeling korporat nak cari supplier bisnes juta-juta. Kahkah. Bangunan dia selain besar, panjanggggggg juga. Tapi dont worry, ada signboard yang mudahkan kita cari lokasi kita nak jalan tau. Halal food pun ada juga. Surau pun ada. 


Ini cuma sebahagian rupa showroom, eh. Ini baru 1 section tau. Lebih kurang macam nilah tempat exhibitor menayang produk mereka. Kat sini kita boleh jumpa direct kilang dan terus discuss bisnes. Haha.

Ingat tau, kalau nak ke sini, semak tarikh sebab Canton Fair ni rasanya 2 kali setahun. Setiap sesi ada fasa dia. Next bulan Oct 2018, check website yang saya bagi tadi. =)

DAY 5

Pagi hari ke 5, kami pusing di Gao Di Jie lagi. Hihi. Lepas tu kami ke plaza yang jual toys, dengar kata boleh juling mata tengok barang kat Guangzhou ni. Plaza jual toys ni di area Yide Lu. So nakke sana naik metro ke Yide Lu. 


Yelah abang, seronok ke jumpa tempat jual toys ni. Dah tua pun minat toys ya? Haha


Geram tengok pen, pensel. Comel sangat. Nak beli tapi malas nak bawa sebab masa ni husband dah penuh tangan dia angkut barang borong, sebijik rupa bangla kat Malaysia. sisguraujejangancakapsisracist Saya pulak kendong anak. Kalau tengok kami memang rupa pelarian pun ada. Kahkah

Takpelah dapat jimat duit. Hihi. Kalau cikgu-cikgu nak bagi hadiah kat budak-budak ni sesuai sangat sebab comel-comel tauuu.


Ni pulak toys. Macam-macam ada. Harga pun macam-macam. Suami datang cari drone. Dah beli. main 3 4 kali je. Jauh beli tapi last buat pekasam. Cis. Yang pusing-pusing tu, spinner tu pun berlamabak-lambak. Macam-macam pesen ada.


Handsomenya yang tarik barang tu. yang pandang camera pun hensem.






Memang rambang mata, at last tak beli apa pun! Haha

DAY 6

Hari last. Huwaaaa tak puas jalan pun. Plaza pakaian, beg, kain, jam tak sempat pergi macam mana ni, duit yuan banyak lagi, argh tak shopping boleh gila dan memang tak ada dalam itinerary kami pun. Memandangkan flight kami malam, lepas check out kami singgah di plaza pakaian budak untuk beli baju anak. Dah datang jauh kan, beli la sikit. 

Lepas tu kami terus ke Guangzhou Railway Station dan pusing-pusing sana melepas rindu.


Korang translatelah sendiri. Saya pun tak pasti nama dia tapi kat sini ada jual baju, bag dan barang-barang berkaitan. Saya ambil peluang untuk beli wallet untuk abah. 2 pieces 100 yuan = RM60 lebih kurang. Katanya kulit dan dia siap cucuh lighter lagi nak tunjuk tak terbakar. Sis percaya, sis tertarik sis pun beli. Abah suka wallet tu sebab duit ngam je masuk dalam tu. Sis happy, sis live happily ever after.

                  

Sebelum ke airport, isi perut dulu. Memang sebijik je menu kedai-kedai chinese muslim ni. Kalau nak cuba kedai arab pun ada. Tapi kami tak berkesempatan nak ke sana. Nanti uols google je la eh. 

Okay kesimpulannya, nak pergi Guangzhou untuk borong barang walaupun tanpa agent adalah tak mustahil. Kami dah buat pun. But kena ada ilmu tau. Sebab Guangzhou besar bukan macam GM Klang.

Okay, ni saya bagi semua link berkaitan trip ke Guangzhou. Harap dapat membantu walaupun secebis kobis;

1 comment:

Time kasih sebab komen!