Friday, July 20, 2012

Selamat berpuasa semua!

Untuk yang berpuasa je.

Assalamualaikum!

Sebenarnya broadband ni dah exceed usage limit. Hahaha. Sebabnya hari minggu hari tu, saya dah buat gila tengok drama Korea online. Online ok. Dekat Mysoju. Bukan satu tapi dua. Hahaha. Tak apa, sebab movie tu best sangat. Memang puas hati. Walaupun terpaksa pendam niat nak online sebab memang sangat perlahan internet. Mungkin dia naik bus, atau lebih tepat, KTM. Err.

Satu Papa The Movie. Cerita dia best sebab yang tak dapat dielak adalah kerana kecomelan dan kelawaan pelakonnya. The kids dalam tu pun comel yang amat. Ekceli la kan, kalau muka lawa tapi cerita tak best pun jadi tak best. So, jalan cerita sangat interesting.

Dua, Penny Pinchers. Sebab pertama pilih adalah sebab sebab lead actor dia Joong Ki.Siapa tengok Running Man sure tahu flower boy ni. Cerita dia pun bukan tahap fail-menyesal-buat-habis-limit-broadban.

Lepas ni mungkin bertaubat. Sedih tau tak dapat blogging dengan hepinya. Tapi tak menyesal pun sebab dua-dua movie best!

Oh ye, saya nak letak poster those two movie, tapi itu cumalah impian di habis limit broadband.

Ok, tak usah la kita cerita pasal korea-korea ni. Bulan Ramadan ni saya ingat nak jadi baik sikit. Buat entry pun yang islamik-islamik je. Barulah dapat pahala sikit dok? Bulan puasa macam ni la nak grab as many as can. Rugi kalau sebulan berlalu macam tu je. Bila dah sampai hujung-hujung barulah rasa menyesal Quran tak baca banyak-banyak. Terawih banyak lompong. Sahur banyak tinggal. Buat pahala kadang-kadang. Tak ada orang lain. Saya la tu.

So, tahun ni, saya dah azam nak baca Quran banyak-banyak. Terawih tu kalau boleh nak jadi rajin sikit. Solat pun nak jaga betul-betul. Sahur kalau boleh tak nak tinggal. Saya pelik bila ada orang yang remehkan sahur. Yes, sahur tu bukan wajib. Tapi sahur tu yang membezakan puasa orang Islam dengan tak. Lagipun dalam sahur tu ada barokahnya.

So, sama-samalah kita bangun sahur ye. Lepas sahur boleh terus Subuh.

Selamat berpuasa. Jangan fikir nak raya je tau.


4 comments:

  1. kita pn suka tgk cite2 korea. hehe slamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  2. aida jarang tengok cerita korea.. tapi kalau dah tengok susah nak tinggal.. fanatik jadinya. haha.. tudia sampai 2 movie padanlah quota limit terus. seksa betul nanti. hehe.. Salam Ramadhan ain moga apa yang ain harapkan tercapai :)

    ReplyDelete

Time kasih sebab komen!