Friday, June 22, 2012

Wedding day

Assalamualaikum. Entry ni akan jadi entry yang pertama dengan gambar yang plaing banyak. Sebab entry ni sesuai gambar je kita tepek.

Ini adalah salah satu decoration yang di"bina " khas oleh orang lain. Ni feveret I lah, kalau panas boleh guna. Hehe. Ok. Tak kelakar.

View atas iaitu 50 % dari keseluruhan. Tak sempat pun nak join deco pelamin ni. Kipas-kipas yang kat atas tadi dah berjaya ditepek di kain. 

Hantaran yang digubah sendiri oleh pengantin dengan wedding planner dia. First tengok ingat kan dia hantar kedai. Rupanya memang hantar kedai. Kedai dalam rumah.

Ok, dah siap-siap buat hantaran dengan akad nikah, boleh la sarung cincin. Kemain hepi ye dok? Gambar memang sengaja dikaburkan atas alasan si pengambil gambar belum habis nebes akad nikah. Entah siapa yang salam wali tadi.

Haa.. Hand bouquet yang pengantin pegang tu pun hand made. Salah satu sebab dia ada dua bunga. Mujur bukan duabelas. Cantik. I mean, super comel!

Gadis-gadis (mungkin ada yang tidak gadis) beratur sambil pegang hantaran (ayat seolah orang tak faham je bila tengok gambar ni)

Ignore je pengantin tu. Hehehe. Muncung baby tu mungkin sebab marah dia tak dapat kawin lagi. Eh. Baju dengan veil tu eksklusif dijahit oleh mother kitorang. Manik atas veil tu wedding planner yang jahit. Superb sangat. I mean, cantik =)

Pengantin dengan anak sepupu yang comel dan baik dan dengar kata dan comel lagi sekali.

Ok. No comment.

Gambaran sebenar


Oh ye. apa nama yang kitorang pegang tu, I rasa props (kan?) also hand made. Bukan beli dekat kedai duaringgit. Idea wedding planner jugak. We love the props.... potograper pun sama. 

Me, flower girl and my misai-sister


Third hero. Boboi boy kot. Pago sebelum majlis. Muka tak mandi pakai baju semalam.

"Tolong ambil sambal belacan bang"

With one of our relative yang datang dari Thailand. Cantik akak ni. Jarang jumpa tapi tiap kali jumpa makin lawa. 

Bergambar bersama keluarga. Dari kiri, abang baju jalur, abang baju kotak, abang, eh, pak cik baju hijau, pengantin lelaki, najwa latif, emak pengantin, adik manis baju merah, abang baju kelabu kot.
Duduk di depan: kakak tudung hitam, budak comel, kakak tudung oren


4 dara yang gatal nak kawen tapi..........

3 dara yang tak tahu buat apa. Oh yeeeeee, hari tu kami pakai baju kaler gold. Cantik baju kitorang. HAHA.



Sister

Dua-duanya brothers yang ada. Dua-dua pun hensem bila mengapit gadis manis. 

Orang yang paling hebat dan rajin dan ok, hensem macam retis Korea.

Alah, asik gambar macam ni je...

Tadaaaaa.....ni la pengantin. Owwhh, pengantin ni kak long kite. Dan, second bunga tangan yang hand made juga. Cantik.

Mereka dan keluarga mereka

Wedding planner telah dimarahi oleh adik beliau kerana telah makan untuk kali ke sepuluh.

Me and my most awesome and beautiful woman in the universe.

Our own deco. Inspire by nature. Hahaha.

Salah satu ada cekelat yang jadi mangsa kami. Nasib la dapat adik ipar macam tu.

With her best friend yang banyak menolong hari tu.  Tak lama lagi dia la tu...Hihihi

Bunga. Cantik. Rasa. Nak. Campak. Kat. Dinding.

Jangan tertipu dengan tarikh pada gambar. Majlis di pihak lelaki berlangsung pada 9 Jun ye, di Sungai Siput. Baju ekslusif again. Dan manik (walau tak nampak) pada veil tu special design and sew by me! Yeah!

=)

The whole family


Habis pun. 

Buat yang baru mendirikan masjid,

"Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memebrkati mereka berdua dan kiranya meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikamh serta pemberi rasa aman bagi umat"

Bye!

6 comments:

Time kasih sebab komen!