Monday, June 5, 2017

Uber vs Mat Din

Helo dan salam ramadhan =)

Minggu lepas, masa sampai di airport Pengkalan Chepa, saya dijemput oleh ma, abah dan Mat Din. Ramai nau menjemput, kalah menteri. Miahaha. Korang jangan ingat Mat Din tu adik saya. Apalagi suami saya. Meh saya ceritakan siapakah Mat Din. Supaya tidak timbul fitnah. Eh.

#siapa Mat Din

Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana (intro kemain kan?) dan banyak kekurangan. Tapi yang pasti kami tak pernah kekurangan makanan dan kasih sayang. Gitu. Masa saya kecil dan comel persis Nora Danish naik kereta merupakan satu hal yang menyeronokkan dan kadang-kadang mendebarkan. Budak-budak kan memang suka dapat jenjalan. Lagi budak kampung cam ai ni. Hewhew.

Abah saya tidak mempunyai kereta. Jadi biasanya masa saya kecil-kecil dulu, kalau nak pergi ke mana-mana yang memerlukan kereta, kereta yang biasa kami naik adalah kereta saudara-mara atau orang kampung. Masa tu kereta ni bukan macam sekarang. Sangat diperlukan dan senang beli. 

Oh lupa, selalunya kereta yang kami naik tu bukan naik free pun. Siapalah nak bagi free kan?

Habis sekolah Darjah 6, saya terus ke Gerik untuk mendaftar MRSM. Tingkatan 4 ke Kuala Berang pula. Kemudian ke kolej matrikulasi Pulau Pinang dan terakhir mendaftar di UKM Bangi. 

Bukan nak buat resume ni, tapi nak cerita yang tiap kali saya dan adik beradik perlu daftar di tempat belajar di luar negeri (luar negeri Kelantan je), ma dan abah akan mula cari saudara atau orang berdekatan yang free dan sanggup untuk hantar kami anak-beranak.

Jadi masa saya kecil, bila dapat naik kereta untuk ke mana-mana tu memang seronok tau. Lagi kalau duduk seat sebelah tingkap. Sejuk je angin menyapa pipi. Ceh, feeling Wany Hasrita dah masa tu. Saya ada kongsi satu kisah pasal seatbelt dalam blog ni. Funny and memalukan. Jangan lupa baca tau. #iklanjap

Dah tu, Mat Din ni siapa?

Haha.

Terlupa motif asal cerita.

Disebabkan abah/ma selalu kena hantar anak-anak diorang naik bas kat stesen bas, jemput anak la, pergi pejabat tanah la, pergi beli langsir la dan nak minta tolong orang ni bukan senang. Dan bukan free. Abah selalunya akan contact seorang pakcik di kampung kami.

Pakcik ni memang kerja dia as a driver berbayar. Nak pergi mana-mana, buat je appoinment dengan dia dan nanti dia datang ambil kat rumah. Kat kampung kan selalu ada atok nenek yang nak pergi hospital ke, mengurut ke, berubat ke, bomoh ke, bayar cukai tanah ke, aeon ke, eh, adanya pakcik ni pergerakan kami dan mereka yang tak ada kenderaan sangat mudah. Mengapa perlu Trivago

Lebih kurang 16 tahun lepas, pakcik ni bawa teksi lama. Ala yang Mercedes punya tu. Yang guna diesel tu. Kan kereta yang guna minyak diesel ni bau dia lain macam. Macam bas juga. Memang tiap kali tahu kena naik kereta pakcik ni, saya siap-siap beli gula-gula yang mint-mint gitu atau telan ubat mabuk kenderaan siap-siap.

Kalau tak mahu meroyan menahan mual macam orang mengandung. Miahaha.

Pakcik ni nampak macam pendiam tapi sepanjang perjalanan tu, tak perlu pasang radio pun sebab dia punya cerita akan berepisod-episod. Memang tak sunyi lah duduk dalam kereta dia tu. Semua benda boleh jadi modal dia bercerita. Terhibur sangat. Miahaha.

Selain daripada itu (wah penanda wacana gituuu) pakcik ni bukan jenis selebet. Pakaian dia walaupun tak hipster, tapi dia hormat pekerjaan dia. Pakcik ni tak akan pakai tshirt pagoda, kain pelekat atau jeans koyak tapi pakaian dia masa jemput pelanggan adalah kemeja dan seluar rupa orang nak pergi office kau.

Bayaran servis saya tak pasti sebab abah yang selalu bayar. Yelah, dulu saya student mana ada duit oit. Tapi abah selalunya hulur bayaran yang setimpal. Kalau tak, mesti pakcik ni dah tak nak ambil abah jadi pelanggan kan kalau abah hulur singgit je. Macam tambang bas Rapid pulak.

Kesimpulannya untuk karangan ni, uber tu sebenarnya dah lama wujud. Kampung den ha tempat asalnya. Saya syak pengasas Uber ni mungkin pernah guna khidmat pakcik ni dulu. Lepas tu dia dapat idea buat bisnes. Ish, rugi pulak tak buat awal-awal daripada dia. 

Nanti bukan nama Uber tapi Matdinber.

Sampai sekarang, pakcik ni masih setia gagah perkasa berkhidmat untuk sesiapa yang perlukan transportation. Kereta pun dah tukar ke Proton Saga, anaknya belikan. Tak main lah kereta lama. Mesti lah up kan servis kan?

So haritu Mat Din yang jemput saya kat airport tu pakcik ni la.

Dan saya tak perlu lagi gula-gula mint-mint.

No comments:

Post a Comment

Time kasih sebab komen!