Assalamualaikum
Beberapa hari lepas, saya berbual dengan anak
lelaki saya yang berusia 4 bulan (walaupun dia buat muka toya. Miahaha) masa
suami sibuk memandu dan main Pokemon Go kat sebelah. Bonding sessionlah konon
tu. Saya beritahu dia yang;
“Sunan, you are in your mummy and daddy’s car.
Myvi. Soon, we’ll riding BMdabaliyu okay?”
Dan macam biasa, saya seperti bercakap dengan
tiang elektrik je. Takpe, bonding session memang selalu tough. Miahaha.
Here comes my story,
Bercakap pasal kereta, tak pasal-pasal memori
64GB 3RAM saya pasal kereta TURN ON. Liplapliplap. Kalau dari jauh boleh nampak
lampu siren atas kepala saya kelip-kelip. Okay tak kelakar. Few times jugak
saya buat siaran ulangan kepada suami episod ‘childhood story’ dan salah satunya pasal kereta dan
kadang-kadang dia gelak kesian. Hampeh. Patutnya dia sedih okeh!
Dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang
tidak kaya, (read: kurang material lebih kasih-sayang) salah satu “aset”
lambang kekayaan pada masa itu, yakni kereta, memang tidak pernah saya rasa.
“Best” naik kereta tu macam mana ya? (korang baca macam iklan dnars tau)
melainkan tumpang kereta orang. Kami cuma bergerak dengan motosikal atau
basikal. Kalau ada Bersamamu time tu mesti hit story ni. Miahaha. Unless ada keperluan
(yang akan saya ceritakan kat bawah ni) untuk pakai kereta, abah dan ma akan
usahakan untuk pinjam kereta dan driver sekali since abah tak ada lesen kereta.
Sejak kali pertama saya masuk hostel sampai
daftar universiti, semua proses “hantar anak mengaji” ni dengan kereta orang.
Walaupun dengan kereta orang dan kadang-kadang abah dan ma terpaksa redho
“dikikis” manusia yang bertopengkan “tolong”, saya tahu usaha dan doa mereka
berdua didengar Allah. Bila dah besar dan matang baru sedar dan faham pengorbanan
makbapak.
Dek kerana tidak biasa naik kereta, kebanyakan
adik-beradik saya memang mabuk kenderaan. Asal naik kereta, bus, lori, trellar
atau kren, wajib muntah. Ehem, sekarang tidak lagi selepas menggunakan ubat
anti muntah. PM tepi untuk set promosi. Dan sebab inilah, saya benci
sangat, amboi hiperbola sangat kau ni, dengan bau bas dan sampai sekarang
terpaksa makan something minty (read:ber”mint”) kalau nak naik bas untuk
bebaskan hidung dari bau bas.
Satu peristiwa malu dan lucu (malu lagi banyak)
pasal kereta adalah pasal seatbelt. Masa di MRSM Gerik, bila sampai time
outing, kami student mesti fefeeling nak outing padahal duit ada soploh hengget
jeww. Kalau rasa nak cepat kami naik teksi share 4 orang (kepit lutut hulur
duit teksi kau!). Yang seronoknya, mesti berebut tak nak duduk depan sebelah
pakcik driver, kenapa entah, malu macam tak ada hidung.
Beberapa kali saya terselamat sebab ada kawan
yang tak kisah dok depan sebab dia ada hidung sehinggalah one day, saya
terpaksa rela duduk depan. Dan hanya Tuhan yang tahu perasaan saya masa itu
yang dah maki hamun dalam hati sampai habis airliur dan hati berdegup kencang
bukan malu duduk sebelah pakcik driver, alah kalau muda dan hensem macam
pelakon korea descendent of the sun tu, berbaloi la jugak degupan hati tu.
Reason UTAMA saya elak sangat untuk duduk di
depan adalah seatbelt. Saya langsung tak tahu nak pakai seatbelt macam mana
okeh. And I was soooooooooooooooooooo super duper hyper shy to ask how bila
pakcik tu suruh pakai. Dan berlagak pandai tarik je tali yang tercapai dan cuba
teka macam mana saya pakai seatbelt?
Yes, betul. Saya belit leher sendiri.
And yes, kawan-kawan belakang gelak.
And yes again, saya memang malu macam tengah
telanjang.
Tapi, sebab nak control comel, saya buat muka
tak ada perasaan dan biarkan je bila pakcik tu tolong pakaikan. Feeling
princess ON. Miahaha.
I guess, Allah takdirkan saya untuk duduk di
depan bukan untuk buat cerita kelakar, tapi itu cara dia ajar saya pakai
seatbelt kot. Taktahu kawan-kawan yang duduk belakang tu ingat atau tak kisah
ni, hope taklah. Hehehe.
Erm jangan risau Sunan, nanti mummy ajar pakai
seatbelt.
No comments:
Post a Comment
Time kasih sebab komen!