Assalamualaikum
Awak dah kahwin? Kalau belum, jangan mengamuk nanti duit tak cukup. Hehehe. Gurau je. 2 ke 3 hari lepas heboh pasal majlis akad nikah yang dibubarkan dek kerana tak cukup jumlah duit yang dibawa pengantin lelaki. Mulanya saya memang tak tahu pasal ni tapi dah budak-budak kerja dok bercerita, terdengar la juga. Beruntunglah orang pekak sebab tak perlu dengar cerita macam ni.
Saya bukan nak cerita pasal duit orang tu.
Kalau kita noticed, biasanya lepas je satu isu viral di internet, mesti akan muncul manusia-manusia lain yang sibuk untuk bercerita topik yang sama tapi isinya bertentangan. Tak faham? Okay, kita cerita pasal nikah kahwin ni la. Senang sikit bila fokus.
Yang viral tu pasal hantaran MYR15k tu kan. Ramai kecam katanya melampaulah, mahallah, nak jual anaklah dan sebagainya. Tup tup lepas tu adalah manusia akan share cerita pasal nikah kahwin dia yang simple, murah, jimat, pentingkan yang wajib, janji berkat, kenduri kecil, baju beli dekat Jalan Tar RM50 jelah, jemputan sikit dan hidang biskut marie je.
Saya seorang yang skeptikal.
Kenapa mesti ada manusia yang sibuk nak bercerita pasal nikah kahwin dia yang digambarkan seperti majlis perkahwinan yang Allah redha dan confirm ke jannah tu? Mungkin kalau ditanya niat sang penulis, dijawabnya sekadar perkongsian.
Saya juga ingin berkongsi sesuatu dengan sang penulis,
Bisikan dan tusukan syaitan tu terlalu halus.
No comments:
Post a Comment
Time kasih sebab komen!