Wednesday, January 13, 2016

2016 : Mentaliti yang dirahmati


Assalamualaikum dan hai.

Happy New Year! 
Eh, korang memang happy ke sebenarnya masuk tahun baru ni? Sampaikan siap buat wishlist untuk tahun 2016 ni? Actually walaupun azam/cita-cita kita tu sepatutnya perlu kita sentiasa semak dan audit setiap masa, dengan wujudnya tahun baru, sekurang-kurangnya kita akan ada penanda aras yang akan guide kita supaya mudah kita lorongkan usaha dan steps kita ke arah azam kita tu. Macam driving juga, kalau tak ada garis kat jalan, menonong entah kemana-mana kan?

Tapi, masih wujud bukan manusia tak tahu ikut jalan kebenaran masa driving?

Apa-apapun, pada setiap mata yang membaca tulisan saya ni, saya doakan doa korang didengar Allah dan dimakbulkanNya. Amin.


Pernah tak korang perasan perubahan yang berlaku pada diri sendiri? Bukan berat badan atau bilangan jerawat di pipi. Tapi lebih kepada cara korang melihat setiap sisi dunia. Saya agak setiap dari kita (mostly) akan mula berubah pemikiran kita seiring dengan ilmu dan events yang kita hadap dalam kehidupan seharian.

Perlu kita pastikan, perubahan pemikiran kita melorong ke arah mana? Saya harap kita menuju ke arah yang betul. Pemikiran yang membantu kita menghadapi situasi sulit atau senang, membantu dalam membuat keputusan dan membantu untuk kita terus hidup selagi dipinjam nyawa.

Macam mana pula nak pastikan pemikiran kita mengorak ke arah yang betul?

Pemikiran/cara berfikir dipengaruhi banyak faktor. Ada faktor yang kita boleh kawal 100% dan ada yang luar kawal. Cuba teka apa dia? 

Dah! Tak payah teka.Nak google dulu la tu kan?

Nak kenal seseorang, boleh juga melalui cara melihat bahan bacaan dia. Kalau dia suka baca komik dan penuh koleksi komik sampai dalam peti ais, mungkin kita boleh simpulkan orang tu berjenis komik. Tak logik dan kelakar, mungkin. Atau hidup dalam dunia sendiri. Er, macam scary pulak kan?

Point nya adalah untuk membentuk pemikiran yang matang dan berjenis (baca:bijak), lihat bahan bacaan kita. Helo, saya tak cakap pula kena baca buku sejarah bermula dari zaman paleolitik hingga zaman Najib Razak ni. Sebab saya tahu, muntah semua baca buku untuk zaman terbaru tu. Walaupun banyak gila babi lambakan bahan bacaan cinta cintun kat bookstore tu, wahai ladies, perempuan dan makcik sekalian, setiap manusia ada akal untuk memilih yang elok. Titik.

Setiap orang ada "taste" yang beda. So, tidak mungkin buku yang saya baca semuanya bagus, dan buku yang awak baca semua bagus. Jadi tiada buku spesifik yang boleh membantu membentuk pemikiran kita, TAPI ada JENIS PENULISAN yang bagus untuk jadi santapan mata, fikiran dan hati kita. Pilihan? terseranglag dong!

Itu baru bab buku, belum bab alat tulis. 

Gurau je, 

Daily life kita akan hadap pelbagai manusia. Dari orang yang rapat gila dengan kita sehingga orang yang pass by je masa tengah shopping dekat Giant tu. Sebenarnya, cara kita treat orang bukan berkisar kepada orang yang saling kita berhubungan seperti pasangan, rakan sekerja, abang kafe atau bos kat tingkat 4. Tapi dia melangkaui sehingga ke orang yang kita tengok dia di FACEBOOK SAHAJA TANPA PERNAH BERSUA MUKA.

Saya yakin, korang yang bijak ni (sebab dah pilih bahan bacaan yang bagus kan) mesti dah tahu cara nak handle orang-orang di sekelilingmu kan?  Tapi kita masih agak setahun jagung kan dalam era bersembang di alam maya atau media sosial. Sehinggakan lupus sudah adab dan tatasusila. Bak media sosial itu engkau yang punya, bukan lagi Mark Zuckerberg tu. Amboi!

Di medan sosial ni, berbagai manusia kita jumpa. Daripada yang baik bak ulama sampai ke kaki carut. Kita patut aware yang kita saban hari, lebih tepat, saban minit, mengadap smartphone kita tu. Pernah atau tidak kita tapis sebanyak 30x tapisan segala input yang masuk ke otak dan jiwa kita melalui retina tu?

Secara jujurnya, saya sendiri sangat takut dengan budaya di media sosial. Langkahnya, saya tapis perlahan-lahan apa yang saya baca. Agak-agak sakit hati, saya scroll down atau pilih tengok video lucu jelah.

Sekarang nampak tak efek kita respond dengan orang kat media sosial dengan kualiti minda kita?

Jadi, macam mana lagi untuk kita asah pemikiran kita?
Main sudoku?
Atau main catur?


No comments:

Post a Comment

Time kasih sebab komen!