Monday, June 30, 2014

Wajah-wajah

Assalamualaikum dan Happy Ramadan!

So, Ramadan datang lagi. Cepatnya masa terbang. Umur semakin bertambah dan mati semakin dekat.

Bulan puasa ni nak cerita apa ye dekat blog? Malas pula nak ulas berita-berita sensasi yang tak berpekdah. Kuasa sangat nak download dosa. Semoga kita sama-sama istiqamah dalam mengurangkan dan seterusnya meminimumkan atau lagi afdal delete terus tabiat mulut jahat kita ni. Fuh!

Okey, Jumaat yang lepas saya pergi Bukit Bintang atas urusan nak aktivate akaun bank sebab juta-juta sen sangat duit dalam tu.  Takut bank kebas. Haha. Okey. Tak lucu. So perjalanan pergi dan balik saya guna perkhidmatan ktm dan monorel. Tak kuasa okey nak drive sesat-mesat cari bank nanti.

Sesat- mesat: Awak tak rasa Kamus Dewan Serbaguna patut masukkan perkataan ni dalam Kamus dia berbanding masukkan selfie dan hasgtag tu tak? Sesat-mesat maksudnya sesat yang melampau sampai rasa nak cabut keempat-empat tayar kereta dan hon bertubi-tubi.

Masa dalam ktm dan monorel tu, ada satu fikiran yang datang. Saya ni jenis yang observer. In a good way mostly. Ceh. Saya suka perhatikan orang lama-lama. Scary kan? Haha. So dalam pada dok perati je depa tu, satu-persatu, saya tengok macam-macam muka dan personaliti yang ada.

Sebenarnya, benda tu buat saya betul-betul, maksudnya betul-betul, betul-betul yang betul-betul, sedar yang rupa paras dan fizikal manusia tu tak penting pun. Tak penting sebab Allah cipta berbagai bukan untuk kita letakkan skala yang cantik dan kacak itu baik hati dan vice versa. Atau asal hodoh je buruk perangai. Atau perempuan lawa bukannya baik pun. Atau 'dahla muka macam pecah rumah, perangai ke longkang".

Tak penting sangat. Penting tapi tak sangat.

Yang benar-benar kita patut concern adalah hati manusia.


Sama ada hitam atau putih.

12 comments:

  1. luaran je lawa dalaman hampeh pun tak guna..hehe biar la dalam luar baru tip top ye dok? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalaman pntg..tp kalau luar dalam itu bonus..hehe..tpi lagi lawa itu subjektif.

      Delete
  2. biar cantik di hati, walaupun x cantik di rupa. mcm laen pulak bunyi nyer.

    ReplyDelete
  3. kadang-2 manusia menyembunyikan perangai sebenar mereka. kadang2 ada belakon baik

    ReplyDelete
  4. hehe~ kita pun observer.. suka tengok orang... hehe

    ReplyDelete
  5. Fara http://cutemonsterintown.blogspot.com
    Selamat berpuasa juga :) sorry lambat reply sebab blog fara tak boleh view comment blog kat post. Melainkan fara buka guna phone baru boleh view :)

    ReplyDelete
  6. You will love it to enjoy our new app Navixsport Apk : which you can download and enjoy free.

    ReplyDelete

Time kasih sebab komen!