Friday, September 20, 2013

Noodlesss

Jack, seperti biasanya akan meminta pendapat Si Comel, Alice, sebelum mereka memilih tempat untuk mengisi perut. Sikap toleransi Jack itulah yang menyebabkan Alice selesa bersama dengan Jack. Malam itu, mereka berdua setuju untuk makan malam di Stesen Mi memandangkan Alice belum pernah mencuba variasi mi di restoran tersebut.

Alice sedikit terkilan apabila kedatangan mereka ke restoran itu langsung tidak disambut. Pelik benar layanan pekerja stesen tersebut. Sudahlah salah seorang pelayan sedang asyik bersantai menonton drama televisyen.

"Layan indon la tu" getus Alice.

Jack yang berhati batu itu tidak menghiraukan persekitaran restoran, dia cuma mahu mengisi perutnya. Perutnya lebih penting dari suasana tempat makan.

"Kenapa tak ramai orang di sini?" Soal Alice dengan slang Amerikanya sambil menyelak menu.

"Mahal kot." Jack hanya menjawab sepatah kerana terpesona dengan menu yang menyelerakan.

Mahal?Biasa je aku tengok. Kata Alice di dalam hati.

Sambil menunggu order mereka sampai, Alice dan Jack akan bersembang. Malam itu mereka bersembang mengenai fotosintesis, diaarhea, resepi puding jagung, tali skipping dan zombie. Sikap keterbukaan Jack yang boleh diajak berbual mengenai banyak perkara sangat menyenangkan Alice. Bagi Alice, lelaki yang boleh berbual macam-macam perkara adalah lelaki yang bijak. Namun ada ketika, Alice seolah mahu mem'blend' sahaja Jack apabila dia tidak mengetahui sesetengah perkara yang umum.

Sedang asyik berbual, seorang pelayan datang membawa mangkuk. Alice benar-benar jengkel dengan gelagat pelayan itu yang hanya memegang mangkuk tanpa dulang. Sedikit biadap. Fikir Alice.

Alice terkesima melihat mi pesanan Jack seperti maggi goreng budak darjah 1.

"Eh, kenapa mi ni tak ada sayur?"

Perkara sama turut berlaku pada mi Alice. Alice sekadar merasa 2 sudu mi dan isi-isi ayam yang ada. Alice mula membebel mengenai mi yang keras, udang yang berperasa plastik dam mi yang selayaknya dipanggil 'mi bodoh'.

"Nanti tanya dia kenapa tak ada sayur ye"

Jack hanya mengangguk dan menghabiskan mi didalam mangkuknya. Bebelan Alice tidak menggugatkan seleranya.

Semasa di kaunter bayaran, Jack mula menyoal si cashier yang berbangsa Thailand itu. Seolah tidak bersalah, si cashier sekadar mengatakan sayur di Giant sudah habis. Alice semakin bengang dengan lawak bodoh itu namun dia sekadar berdiam dan membiarkan Jack yang berbicara.

Jack menolak untuk membayar harga sebenar kerana kualiti yang diberikan terlalu jauh dengan nilai.

"Sudah lah tak ada sayur. Udang rasa plastik. Sumpah. Tak sedap."

"Ahh. Main sumpah pulak mamat ni. Yang kau bedal licin mi tu kenapa?" Alice membentak di dalam hati.

Para pelayan dan cashier yang sedar akan kekurangan mereka sekadar mengiyakan dan meminta Jack membayar 2 per 3 dari harga asal yang kalau dikira tetap tidak berbaloi. Malas untuk berlama-lama, Jack menghulurkan duit dan mereka berdua berlalu pergi.

Jack dan Alice kemudian berjanji tidak akan mengunjungi lagi restoran itu.






Lokasi:Noodles Station Dekat Giant
Props : 2 Mee Yang entah apaapa
Cerita berdasarkan kisah benar. Bukan nama sebenar.

Such a lovely place tu praktik,

"CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT"

posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. Sepang xde giant.kat nilai nogori sembilan

    ReplyDelete
  2. wahh nak buat macam mana.. dari dulu customer is always right.. sebab mereka bayar guna duit mereka..jadi perlulah ikut kemahuaan

    ReplyDelete

Time kasih sebab komen!