Saturday, September 14, 2013

Malacca and its contents!

Assalamualaikum and hye!

Dengar khabar ramai anak-anak dara dan teruna diijabkabulkan bulan ni. Patutlah bunyi kompang berdesir-desir macam angin kat pantai. Kalau ikut kalendar Cina, bulan September bulan ong. Bisnes baik punya. Apalagi kalau nikah.

Eh, awak percaya ke?
Ish.ish.ish.

Memandangkan 16 September ni Hari 1Malaysia, rakyat didahulukan, hari ini saya nak buat entri melawat Melaka. Walaupun macam tak ada kaitan, saya memang tak kisah.

Gerakan Melaka ni sebenarnya bertarikh kemerdekaan tahun ni. See? Patriotik tak kami? Merdeka pun kami sambut di bandar penuh Buku Sejarah Tingkatan 1 hingga 3 tu. Siapa kata kami tak bersyukur hidup di Malaysia di bawah lindungan Tuhan?

Okey. Cool down dan baca catatan bersejarah ni ye.

Kalau kita pergi jalan-jalan kan, mesti kena ada accomodation kan? Hari tu, kami cukup bertuah kerana penginapan kami ditaja oleh entah siapa pun saya tak tahu. Hihihi. Yang penting, homestay hari tu, sudahlah redup mata memandang, cantik dan bersih pulak tu. Tak cukup lagi, indah bagai di desa.


Yang penting, homestay ni cukup bersih. Dalam dan luar. Decoration pun kalah rumah i taw. sob. sob. Lepas tu sebab rumah ni ada aircond, sejuk sangat, jadi semua orang jadi hati sejuk.

Dek kerana itinerary kami kena follow big bos (seperti gambar di atas) maka tempat yang dilawati mestilah bercirikan Sejarah sekolah rendah. Rupanya ramai orang pergi Bandar Hilir hari tu, patriotik sangat. Tapi keramaian tu still boleh ditolak-ansurkan. Jadi, mula-mula kita kena naik Menara Taming Sari.


Harga untuk naik RM15 dewasa. Budak-budak belum baligh murah sikit. Saya syak, hari tu, even pihak menara bagi seorang sekaki bendera, diorang tetap untung besar. Cis.


 Sepanjang atas menara selama 7 minit (what? 15 hengget for 7 minit?) menara akan pusing tapi halaju dia bukan 120km/h ye, so bolehla kita buat-buat menikmati pemandangan bandar Melaka dalam 10 kilometer perimeter tu (agaknya).


Itu Selat Melaka. Selat Melaka ni mempunyai kepentingan dari segi ekonomi. Mengikut Dasar Pertahanan Negara, Selat Melaka ni kawasan serantau yang perlu dilindungi oleh kejahatan mana-mana penjahat.

Lepas tu, berhadapan dengan menara, ke arah kanan sikit, ada muzium kapal. Nama dia memang berbelit sikit lidah Melayu kita. FLOR DE LA MAR. Lamar siapa pun tak tahu la.







Dalam kapal tu memang banyak poster and penerangan pasal Melaka, Hang Tuah, duit syiling, Portugis dan benda-benda sejarah lah pendek kata. Buat yang malas nak baca boleh sewa audio guide macam budak kat atas tu. RM3. Entah apa-apa. Boleh didapati dalam bahasa Melayu, English, Chinese, Tibet, Hangul, Japan dan sebagainya. Okey. Tipu. Ada 3 bahasa je rasanya.



                                 

Pose macam mana lagi yang kita boleh expect dari kereta api ni?


 Lepas tu kami berjalan jauh sikit sebab tak tahu short cut untuk ke St Paul's Hill yang sekarang cuma tinggal bekas tapak Kota A Famosa je. Kawasan ni memang strategik sebab tu dulu kat sini tapak mereka memerintah. Lebih kurang macam tu la. Dari atas tu, Selat Melaka memang akan strategik di mata mereka.


Dalam bangunan ni ada artist. Mungkin bila dia melukis dalam tempat bersejarah macam ni, idea lagi banyak kot. Tapi sangat admire orang yang tangan sejuk ni.



1 hal yang saya adore tempat ni adalah angin sepoi-sepoi dia. Ya Allah, rasa romantik sangat. Hehe. Last time saya pergi, tahun lepas, bulan Ramadan, memang ada sikit orang, angin sepoi masih sama cuma masa tu ada seorang yang petik gitar nyanyi kat kami. Dingin dan hangat pada masa yang sama. Kewllll gitu. Kalau sekarang pun suasana dia cozy macam ni, macam mana agaknya bertahun-tahun dulu/






Dah petang, kami ke zoo Melaka. Dengar kata zoo Melaka ni antara yang terbesar la. Kerana ini kali pertama datang zoo, memang excited sikit. Come on. Bagi chance la sikit,



 Sebenarnya ada 3 binatang yang saya nak tengok real. Yang lain gua tak heran. Hehe. Salah sekornya zirafah ni. How tall. Cantik pulak tu.



Yang ni pulak, Sameon. Sebenarnya kami pelik kenapa gajah ni warna kuning. Semenjak dari bayi sampai ke universiti, dalam otak saya ni, gajah itu kelabu. Masa darjah 3 lukis gajah mesti colourkan kelabu. Dan why hari tu, gajah ni seolah-olah cuba memberitahu saya ditipu sepanjang hidup?

Rupa-rupanya lepas observation dekat gajah tu, Sameon dan keluarga suka ambil tanah berdebu kat bawah tu dan renjis kat badan depa. Buang tabiat ke apa?



tiger!
Memang macam dalam buku. Hahaha.


Melaka is such a nice place to go. Banyak lagi tak pergi tapi untuk 1 hari tu cukuplah.

Semoga Sejarah dapat A!






2 comments:

Time kasih sebab komen!