Sunday, June 23, 2013

Cantik

Assalamualaikum

Cantik itu positif. Sebab itu semua orang suka cantik. Tapi bila cantik bukan perkara subjektif, dunia memang celaka.



Saya ada seorang kawan. Lelaki. Pada hemat saya, lelaki pada tangga umur demikian adalah umur matang untuk ada seorang isteri. Tapi dia masih single. Sudah la single, available pulak tu.

Tapi itu bukan masalahnya.

Dengan umur dan rupa yang boleh dikatakan tengok tu tak adalah rasa sakit biji mata,saya tertanya-tanya la juga kenapa dia masih mencari.

Tapi itu juga bukan masalahnya.

Dia pernah kata, pilihan dia yang cantik. Tapi bila setiap hari dia kata, saya rasa itu dah jadi masalahnya.

Ye. Memang itu masalahnya.

Pernah sekali saya tazkirahkan dia. Saya kata, "kan agama dah ajar macam mana nak cari bini?"


Tapi bila cantik bukan lagi subjektif pada dia, saya rasa elok dikhatankan lagi sekali. Semoga cepat sikit matang otaknya.

12 comments:

  1. kah2...biar la dia..cantik adalah objektif dia dlm mencari bini..lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaks.semoga dia jmpe lisa surihani.

      Delete
  2. kiranya nak yang cantik la. ada tanya dia cantik macam mana dia nak.. kot cantik bagi dia perempuan yang tinggi ke, yang mata bulat ke

    ReplyDelete
  3. Haha. Masalah lelaki macam ni. Cantik macam mana tu yang dia nak? Handsome sangat ke dia tu?

    ReplyDelete
  4. billang sama dia. sepatutnya perempuan lebih berhak memilih. sbb perempuan pilih IMAM :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ditarbiah lebih2 dikatanya kite ustzh..haha

      Delete
  5. btol 2..dah tua nnti xcntik jgak..cntik pn hya smntara :) awak la khwin dng dia?? xnk ke?? he3

    ReplyDelete
  6. cantik tu subjective kot.. maybe beliau nak perempuan yang secantik juliana evans ke? tu yg payah tuu.. hehee~

    ReplyDelete

Time kasih sebab komen!