Thursday, March 28, 2013

My childhood weirdo

Assalamualaikum

How are you doin' macha? Saya selalu mendoakan warga bumi dapat hidup dengan aman berpaksikan iman yang kena selalu update. Jangan asyik update status facebook je. Jangan leka sangat. Itu dunia semata-mata. Gitu ye.

Taip-taip facebook ni buat saya zappppp terus teringat beberapa kawan yang berumah tanggakan melalui facebook. Hey, tak cool langsung altitud begitu. Eh, attitude. Orang putis kata, annoying bro. Double annoying. Nak taip pun annoying. Annoying nye. Gila annoying. Kenapa dah tak annoying ni? Sepatutnya annoying. Try to pronounce perkataan sama dan mesti rasa weird. Macam tak pernah dengar. Ada saintis yang boleh perjelaskan fenomena pelik yang berlaku pada saya ni ke.

Pelik tu sesuatu yang luar dari kebiasaan. Kadangs pelik tu perlu sebab bosan kan hadap benda sama. Pelik tapi benar selalu wujud. Bukan pelik sebenarnya. Manusia dekat dalam dunia ni bermillion aire dan every single of us berlainan. Jadi ini mewujudkan variasi, dengan background yang pelbagai dan pemikiran yang pelbagai akan mencetuskan kepelikan macam kita cakap tu. Saya terlalu sains pulak hari ni. Mungkin sebab tengok Frankenweenie. Have u? Best giler giler cerita tu. Tak gila la. Tapi it is a good movie even hitam white.



Sebenarnya masa kecil dahulu kala. Tahun 90 an gitu, saya selalu ada benda yang pelik dan kalau fikir balik, ewwww, geli. Macam mana aku boleh makan tu. Klasik dan eksotik?

Klasik dan memang mengumpul lemak kan bila nasi putih tu siap berkuahkan minyak yang bekas goreng ikan tu. Entah kenapa la pada time tu makan macam tu rasa nikmat macam makan Kepci zaman sekarang. Mungkin time tu kicap habis. Okey. Patut la minyak masak cepat habis.

Ada juga masa nak makan bubur. We dont have bubur mcd masa tu. Nasi putih curah air masak tambah gula dah jadi bubur. Yang ni arwah mak kepada abah punya resepi. Apa klasik beno resepi tu. Masak jela nasik dengan air lebih. Nanti nasi dah jadi bubur. Orang zaman klasik memang gitu.

Yang nak muka kekuningan tu boleh pergi ambik kunyit dekat belakang rumah. Basuh. Slice nipis. Cicah budu. Buat ulam. Rasanya sedap sekali. Semenjak dewasa ni, saya anak kelantan jarang cicah cicah budu. Mungkin dah jadi lidah Korea kali. Mungkin sebab alergi dah makin ketara. Siapa tahan mata gatal dan hidung ada bulu. Eh, hidung do ada bulu. Alergi jenis itu yang menyebabkan lidah jarang merasa. Bukan menjauh.

Dalam adik beradik saya ada seorang yang pernah pergi minum racun. Gamaknya puas hidup. Haha. Hidup lagi. Belum ngadap Tuhan. kesimpulannya sila simpan racun di tempat selamat. Budak nampak racun warna merah macam air sirap je. Plus lambat sangat belajar mengeja. We always laughing to this. Siapa eh?

Memori.


posted from Bloggeroid

4 comments:

  1. Tudia makan nasik dengan minyak ikan.. Sapa yang gi minum racun tu? Mujur umur panjang lg.. Hadoi..

    ReplyDelete
  2. Awak ke yang minum racun tu? Hehe~

    ReplyDelete

Time kasih sebab komen!