Thursday, March 7, 2013

Menyumpah dengan style yob!

Assalamualaikum

Apa khabar orang yang tengah baca entry yang bakal penuh dengan cacian ni? Ok. Jangan excited sangat. Tak elok baca benda tak bermanfaat. Jap! Adakah saya menghalau orang?

So hari ni dah berapa kali sumpah seranah orang lain atau benda lain atau perkara lain?

Dan what are you doing after swearing like that or to be 100 percent precise and accurate HOW DO YOU FEEL?

Saya?
Saya selalu rasa bersalah dengan Allah. Huhu. Macam "apa aku cakap ni?"

Tapi kadang-kadang (kadang-kadang ke?) kita ni sebagai manusia yang kurang ilmu, lemah imannya, gagal mengawal nafsu amarah, kalah dengan emosi dan berjaya disyaitan nirojimkan dengan iblis laknatullah tu tak banyak sedikit perkataan buruk umpama nasi basi tu akan terkeluar dari mulut kita. Hah. Nak je jahit mulut sendiri kan.

"Kalau tak dapat bercakap perkara baik, lebih baik diam membisu"

Saya terfikir apa yang mempengaruhi manusia lemah iman ni suka sangat menyumpah. Saya rasa persekitaran adalah salah satu punca berdasarkan research dan development yang saya jalankan selama 5 tahun setengah dengan geran daripada kementerian mulut manis-manis. Macam budak-budak yang sesuci kain putin baju sekolah hari Isnin tu mesti ada kita terdengar mereka menyumpah kan bila bergaduh dengan kawan atau agak durjana lagi bila marah dekay mak bapak sebab tak beli kereta control versi transformer.

Ini disebabkan kerana mereka terpengaruh dengan kawan yang lain. Kawan yang lain terpengaruh dengan kawan yang lain. Kawan tu pun terpengaruh dengan yang lain. Jadi mereka terpengaruh dengan siapa pada permulaannya? I say parents, tv, dan orang yang dah ada otak tapi tak reti jaga mulut.

Ini kes budak-budak.

Yang dewasa lagi kaki tangan mulut menyumpah.

Berbalik kepada tajuk kita hari ni, memang menyumpah orang tu mainan mulut yang lemah imannya. Tapi bila dah melampau tu apa nak panggil ye? Nak kata binatang, binatang tak reti menyumpah. Yang saya dengar meow meow je. Itu binatang. Ini manusia yang macam mulut tak insuran takaful tu kita panggil @%/&+@ je. Eh. Itu sebab tak ada perkataan untuk mengpicturekan manusia begitu.

Selalunya kita dengar orang menyumpah bila dia marah dengan orang lain. Itu sebab dia marah dengan orang tu.

Saya boleh bersabar dengan itu.

Tapi kat mana nak cari kesabaran dengan manusia menyalahgunakan penyumpahan itu pada bukan tempatnya. Zalim itu sayang. Zalim. Penyumpahan pun rasa disumpah bila mereka ditempatkan pada tempat salah.

Ok. Berbalik lagi kepada tajuk kita.

Adalah wujud di dunia ini manusia yang menyumpah apabila terlupa sesuatu. Itu salah siapa? Salah sendiri kan. Jadi mereka menyumpah diri sendiri. Manusia yang menyumpah bila bad things happen macan buka laci terkena kaca atau pegang barang dan drop. Belum sempat barang tu cecah permukaan dia punya sumpah seranah tu yang sampai dulu kau. Yang stylo nya konon nak berlagak cool dan up to date dan kurangkan kebodohan sendiri serta macam yang saya cakap salah satu faktor iaitu terkeaan dengan persekitaran dan media manusia ini menyumpah dengan sumpahan mat salleh yob.

Sekali sebut telinga ni boleh zip. 10 kali saya rasa yang (maaf terpaksa taip agar penyampaian lebih dramatik) shit fuck bla bla bla tu adalah anda sendiri.

Jadi marilah kita sama-sama basahkan lidah ni dengan sumpahan yang menenangkan hati. Jangan la jadikan sumpahan dalam filem omputis tu makanan kita. Bila marah cubalah beristighfar. Bila barang jatuh kan lebih manis menyebut nama Tuhan kita. Mesti Allah lagi sayang dekat kita. Bila Dia sayang kita mesti Dia bagi apa kita minta.

Lepas tu mesti kita bahagia.

Betul tak saya cakap kawan-kawan?

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Time kasih sebab komen!