Sunday, March 10, 2013

Lawak Ke Der 2 dalam skrin besar gila!

Assalamualaikum

Dekat wayang ada few movie yang macam best je kalau pergi tengok. Tapi sebab dia nak sangat tengok Lawak Ke Der 2 sampaikan ponteng training untuk show, ala, macam kita ponteng preparation class atau riadah masa dekat MRSM dulu sebab nak tengok Ariel Peter Pan dalam Juara Lagu. Err.. Ya. Itu dulu.

Lagipun saya memang suka dekat Zizan Razak (saya tahu dia pun sama) dan Zizan with Johan always always a perfect duo. Ceh. Kalau suka memang puji melambung kan?

The truth is saya tak tahu pun sebelum ni dia ada teater dan dalam bayangan macam Lawak ke der? ohh..macam realiti show dekat astro ke. apa ke. The point is i dont know what kind of show is LKD. Lagikan maharaja lawak pun gua tak layan.  Tapi itu dulu. Hah hah.

No. Saya tak akan cerita one by one apa yang mereka sketsa kan. Awak pun tak nak baca kan? Lagipun me writing tak akan jadi lawak macam mereka. They were ohsem gitu. Kelakar dan sila lah bergelak sambil ingat dunia. Dan mereka comel juga.


Lawak ke der 2. Ya. Memang lawak pong pong!

Bye.

6 comments:

Time kasih sebab komen!